Destinasi Cinta
Album : Sendu sendawa Munsyid : Mestica
Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman
subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai
airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Tak kan berpaling
pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah
ku redah daerah cinta Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang ku temui Hanya kecewa menyelubungi
C/O Ku
gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di
rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba
menodai Segumpal darah bernama hati (Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku Leraikan aku
dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namun masihku mengharap ampunan-Mu Wahai Tuhanku? Ya Allah?
|
|
|
|