Assalamualaikum... selamat datang ke islam untuk semua website... di sini anda boleh mendapat pelbagai ilmu...........................................................................
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "barangsiapa yang mengabaikan solat berjemaah
maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 balasan yang dahsyat keatasnya. tiga darinya akan dirasainya di dunia ini antaranya:
1. Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah s.w.t. akan mencabut nur orang-orang mukmin dari padanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya ketika ia hendak mati, antaranya:
1. Roh dicabut ketika ia berada di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga bahaya yang akan dihadapi ketika berada didalam kubur, antaranya:
1. Dia akan berasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehinggan semua tulang-tulang rusuknya berkumpul( seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab ketika di hari qiamat :
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
2. Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
3. Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.
Saudara-saudaraku, janganlah kita menganggap solat berjemaah itu satu perkara kecil. Solat berjemaah itu adalah sunat
Mu'akkad yakni sunat yang sangat-sangat dituntut, ada yang mengatakan ia fardhu kifayah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat berjemaah adalah terkutuk. Didalam
kitab Taurad, Injil, Zabur, dan Al-Quran: "Orang yang meninggalkan solat berjemaah itu berjalan di muka bumi, padahal
bumi mengutuk mereka itu dan orang yang meninggalkan solat berjemaah itu akan dimurkai oleh Allah s.w.t., oleh para malaikat
dan semua makhluk Allah s.w.t. serta turut dimurkai oleh para malaikat dilangit dan bumi juga semua ikan-ikan dilaut".