Make your own free website on Tripod.com

IsLaM~UnTuK~SeMuA...

PanDuAn~MeNuNaiKaN~HaJi
Home page | Click | LiRiK~NaSYiD | RinG~ToNe~NaSYiD | NaSYiD | ViDeO~PeRJuAnGaN | CaRa~MeNuNaiKaN~SoLaT | PanDuAn~MeNuNaiKaN~HaJi | BiODaTa~PeJuAnG~IsLaM | MuTIaRa~KaTa | HimPuNaN~HaDiS | GaMeS

Menunaikan haji adalah rukun islam yang ke lima... so bagi yang berkemampuan wajib menunaikan haji di Mekah...

Definisi Haji:

Hukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.

Dalil dari al-Quran:

Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi  Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.

Dalil dari hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
 

Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.

Fardu:

Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.

Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.

Perkara-perkara wajib didalam Haji:

Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:

1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.

Perkara-perkara sunat didalam Haji:

Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.

Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.


JENIS-JENIS HAJI

Haji Tamattu':

Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:
Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambil berkata:

 "Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."

Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan."
Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.


Haji Qiran:

Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah."

Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.


Haji Ifrad:

Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."

Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.

Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh).

Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.


Haji Untuk Orang Lain:

Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak terdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia hendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan kepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku dapati ayahku terlalu tua dan tidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya."

Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah manakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orang sakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia diwajibkan mengulangi ibadat Haji. Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut telah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Haji yang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya. Sesiapa yang meninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan, walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.

Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:

Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telah mewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan perbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya.

Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:

Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini berpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah terdengar seorang lelaki berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.": Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?" Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w. bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk diri kamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."

Ibadat Haji Orang Perempuan:

Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang leleaki telah berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."

Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan syarat:

Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau mahram.

Mengikut pendapat Mazhab Syafie:

Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.

Mengikut pendapat Mazhab Maliki:

Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram, Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.

Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:

Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya. Orang perempuan wajib ditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak diwajibkan bermusafir bersamanya.

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan semua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di Baitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba di Mekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah ataupun di antara Safa dan Marwah." Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullah sehingga kamu telah suci."

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Qudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa. Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah, dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafi pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu). Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Wida'.

Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):

Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya dia mengerjakannya, Haji tersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yang fardu.

Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak (untuk ditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Adakah (kanak-kanak) ini boleh mengerjakan haji?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya dan kamu mendapat pahala."

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: "Kami telah mengerjakan haji bersama Rasulullah s.a.w. dan bersama-sama kami juga terdapat wanita dan kanak-kanak, kami telah bertalbiah untuk kanak-kanak kami juga telah melontar untuk mereka."

Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), dia diwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga dengan seorang hamba, apabila dia mengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudian dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekiranya dia mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mana-mana kanak-kanak yang telah mengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi. Mana-mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telah dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi".

Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri dan menunaikan ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram dan bertalbiah untuknya, membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di Padang Arafah serta melontar Jamrah untuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampai umur (baligh) sebelum Wukuf di Padang Arafah atau ketika berada di sana, Hajinya dikira Haji fardu.

Imam Malik berpendapat:

Tidak dikira Haji fardu.

Pendapat Mazhab Hanafi:

Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh.


JENIS-JENIS DAM

Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:

Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:

Berpuasa tiga hari

Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang.

Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.

Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.

Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.

Fidyah bersetubuh:

Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:

Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.

Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:

Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.


DAM:

Definisinya:
Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.


Dam Tatawwuk

Definisinya:
Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. juga pernah mengorbankan kambing."

Hukumnya:
Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan Umrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Tempat Penyembelihan:
Tanah Haram.

Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau kambing yang berumur genap enam bulan.


Dam Tamattu:

Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji.

Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah didapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing).

Tempat Penyembelihan:

Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.


Dam Ihsar:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."

Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.

Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.

Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.


Korban:
Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah s.w.t. akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah kebumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban tersebut."

Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyembelih korban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w. dengan tanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.

Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.

Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.

Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku."


Kisah-kisah Al-Quran: Kisah Penyembelihan

1-Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu. Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu." Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar. Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah s.w.t. itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allahs.w.t. dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah s.w.t telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Nabi Muhammad s.a.w


Meninggikan Asas (Tapak)
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkan aku dengan satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t. kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya." Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sehinggalah Allah s.w.t. menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (untuk membinanya), ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu."

Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t. semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani Israil, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui.

3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta

Baginda membina pintu rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Amat Mengetahui.


Seruan Untuk Menunaikan Haji

Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai membina Kaabah, Allah s.w.t memerintahkannya supaya menyeru umat manusia untuk mengerjakan Haji, sebagaimana firman Allah s.w.t: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh."

Nabi Ibrahim al-Khalil berkata: "Wahai Tuhan! Apakah yang akan menyampaikan suaraku?" Lalu Allah Yang Maha Agung menjawab: "Serulah, Aku yang akan menyampaikannya." Lalu Nabi Ibrahim a.s menaiki bukit Abu Qubis, lantas memasukkan jari ke dalam kedua belah telinganya sambil menghadap ke arah timur dan barat sambil menyeru: "Wahai sekalian manusia! Diwajibkan ke atas kamu untuk menunaikan ibadat Haji di Baitul Atiq, oleh itu sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha Agung". Seruan tersebut telah didengari oleh setiap orang yang berada di dalam salbi kaum lelaki dan setiap yang berada di dalam rahim-rahim perempuan. Seruan tersebut juga telah disahut oleh setiap orang yang berada dalam pengetahuan Allah s.w.t bahawa dia akan menunaikan ibadat Haji, sehinggalah ke hari Kiamat. Mereka semua berkata: Yang bermaksud: "Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu."


Ibadat Haji Nabi Ibrahim a.s

Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai menyeru orang ramai, Jibril a.s telah mengiringi beliau lalu menunjukkan kepadanya bukit Safa dan Marwah. Jibril a.s juga membawa beliau ke sempadan Tanah Haram, lalu mengarahkannya supaya mendirikan batu di sempadan tersebut, Nabi Ibrahim a.s terus melakukan arahan tersebut.

Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan sempadan Tanah Haram dengan ditunjukkan oleh Jibril a.s. Pada hari yang ke 7 Zulhijah Nabi Ibrahim a.s telah berkhutbah sambil berdiri ketika tergelincir matahari manakala Nabi Ismail duduk mendengarnya. Pada keesokan harinya, kedua-duanya keluar secara berjalan kaki sambil bertalbiah dan berpakaian ihram. Masing-masing membawa bekalan makanan dan bertongkat, oleh itu hari tersebut dinamakan hari Tarwiah. Apabila kedua-duanya tiba di Mina, mereka berdua mendirikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kedua-duanya berhenti rehat di bahagian sebelah kanan dan tinggal di situ sehingga keluar matahari di atas bukit Thabir. Selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s bertolak secara berjalan kaki sehinggalah tiba di Arafah, ketika itu Jibril a.s ada bersama mereka. Jibril a.s menunjukkan kepada mereka bukit-bukit di sepanjang perjalanan sehinggalah mereka berhenti rehat di Namirah. Di situ, Jibril menunjukkan bukit Arafah kepada Nabi Ibrahim a.s tetapi ketika itu Nabi Ibrahim a.s telahpun mengetahuinya, lalu berkatta: Yang bermaksud: "Aku telah mengetahuinya, oleh itu tempat tersebut dinamakan Arafah."

Apabila matahari tergelincir, Jibril a.s mengiringi mereka berdua meneruskan perjalanan sehingga sampai di tempat terdapat masjid pada hari ini. Di situ Nabi Ibrahim a.s berdiri menyampaikan beberapa kalimah, manakala Nabi Ismail a.s duduk untuk mendengarnya, kemudian mereka menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar secara jamak. Selepas itu Jibril a.s mengangkat mereka berdua ke tempat yang tinggi, lalu mereka berdiri dan berdoa sehinggalah matahari terbenam dan cahayanya hilang. Kemudian mereka berdua bertolak dari Arafah dan apabila tiba di Jam'in, mereka berhenti untuk menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di situ iaitu di tempat orang ramai menunaikan sembahyang pada hari ini. Mereka bermalam di sana sehingga terbit fajar, mereka berdua menunggu sehingga keluar cahaya sebelum terbit matahari lalu meneruskan perjalanan. Apabila tiba di Muhassir, kedua-duanya berjalan dengan cepat sehinggalah berjaya melintasi kawasan tersebut, lalu kembali berjalan sebagaimana sebelumnya. Apabila tiba di kawasan Jamrah, mereka berdua melontar Jamratul Aqabah sebanyak tujuh lontaran dengan batu yang dibawa dari Jam'in. Mereka keluar dari Mina pada waktu pagi ke kawasan sebelah kanan kemudian menyembelih korban di tempat penyembelihan dan bercukur. Setelah itu mereka melontar Jamrah pada hari-hari Mina sehinggalah apabila matahari telah meninggi, mereka berulang-alik secara berjalan kaki. Mereka keluar pada hari Sadr (selesai dari mengerjakan ibadat Haji) lalu menunaikan sembahyang Zuhur di Abtah. Jibril a.s telah menunjukkan cara setiap amalan yang telah dilakukan ini.


Kisah Tentera Bergajah

Abrahah telah membina sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis) dimana pada masa tersebut tidak terdapat gereja seumpamanya. Abrahah telah menulis surat kepada raja Najasyi yang berbunyi: "Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu sebuah gereja yang tidak pernah dibina seumpamanya kepada mana-mana raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang sehinggalah orang-orang Arab datang mengerjakan Haji di sini."

Apabila orang-orang Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada raja Najasyi, perkara ini menimbulkan kemarahan seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke al-Qalis dan membuang najis di dalamnya secara sembunyi, kemudian kembali kepada kaum keluarganya. Perkara itu telah disampaikan kepada Abrahah dan telah menimbulkan kemarahannya lalu bersumpah untuk menghancurkan Kaabah. Beliau memerintahkan tentera Habsyah untuk bersiap sedia dan setelah bersedia, Abrahah serta tenteranya terus keluar dengan membawa gajah. Apabila orang-orang Arab mengetahui hasrat Abrahah untuh menghancurkan Kaabah, mereka merasa gerun dan takut. Abrahah mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama Al-Aswad bin Mafsud bersama tentera berkudanya sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan daripada kaum Quraisy dan yang lainnya, di antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib bin Hasyim (ketua kaum Quraisy pada masa tersebut). Kaum Quraisy, kaum Kinanah, kaum Huzail dan kaum yang tinggal berhampiran dengan Tanah Haram telah berazam untuk memeranginya tetapi setelah menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka membiarkan perkara tersebut begitu saja.

Abrahah juga telah mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil berpesan kepadanya: "Tanyalah ketua atau pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya, raja telah berpesan kepadaku bahawa, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk menghancurkan Kaabah ini, sekiranya mereka tidak menghalangi kami, maka aku tidak akan memerangi kamu, sekiranya dia tidak mahu memerangi aku, bawalah dia kepadaku."

Apabila Hannatah memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua atau pembesar negeri tersebut. Dia telah diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah Abdul Muttalib bin Hasyim, dia terus menemuinya dan memberitahu apa yang diperintahkan oleh Abrahah. Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya kami tidak mahu memeranginya, kami tidak mampu untuk melawannya. Ini adalah Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim Al-Khalil a.s (atau sebagaimana yang diriwayatkan). Sekiranya Dia menghalangnya maka ini adalah rumahNya sekiranya Dia (Allah s.w.t.) membiarkannya, Demi Allah, kami tidak berkuasa mempertahankannya."

Lalu Hannatah berkata kepadanya: "Marilah bersama aku untuk mengadap Abrahah, kerana beliau telah memerintahkan aku untuk membawa kamu kepadanya." Hannatah berangkat bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya, apabila sampai di kawasan yang bernama al-Askar, beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu sahabatnya. Apabila masuk menemuinya di dalam penjara, Hannatah bertanya: "Wahai Zu Nafar! Apakah kamu mempunyai suatu perantaraan atau penyelesaian yang dapat menolong kami?" Zu Nafar menjawab: "Apakah ada perantaraan atau penyelesaian daripada seorang lelaki tahanan raja yang menunggu hukuman mati samada siang hari atau malam hari seperti aku ini? Aku tidak mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk menolong apa yang telah berlaku kepada kamu kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala gajah. Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan tentang diri kamu dan juga kelebihan yang ada pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar meminta keizinan untuk kamu daripada raja supaya kamu dapat mengadap dan berbicara dengan raja tentang apa yang berlaku kapada kamu. Dia akan menjadi perantaraan yang baik dengan raja, sekiranya dia mampu melakukan sedemikian, katakanlah cukuplah bagiku." Setelah itu Zu Nafar mengutusi Anis dengan katanya: "Abdul Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar Mekah, dialah yang memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah mengambil dua ratus ekor unta miliknya, oleh itu mintalah keizinan dan manfaat untuknya daripada raja sekadar yang kamu mampu." Anis menjawab: "Aku akan melakukannya."

Lalu Anis menyampaikan perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata: "Wahai raja! Ini adalah ketua kaum Quraisy berada di hadapan kamu, dia datang untuk meminta izin kepada kamu, dia juga merupakan pembesar negeri Mekah yang sentiasa memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta izin daripada kamu agar dia dapat memberitahu kamu apa yang dihajatinya."

Lalu Abrahah mengizinkannya Abdul Muttalib adalah seorang yang tampan, perkasa dan cantik rupa parasnya. Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan memuliakannya lalu meminta supaya Abdul Muttalib duduk bersamanya tetapi kaum Habsyah yang berada bersama dengannya tidak suka melihat Abdul Muttalib dijemput oleh raja untuk duduk bersama di atas singgahsana kerajaannya, lalu Abrahah turun dari singgahsananya dan menjemput Abdul Muttalib duduk bersama di sampingnya. kemudian Abrahah berkata kepada penterjemahnya: Katakanlah kepadanya: Apa yang kamu hajati? Lalu penterjemahnya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Abrahah.

Abdul Muttalib berkata: "Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan kembali dua ratus ekor unta yang dirampas daripadaku." Apabila perkara tersebut disampaikan kepada Abrahah, dia berkata kepada penterjemahnya: "Katakan kepadanya, aku merasa amat kagum ketika pertama kali melihat kamu tetapi ia hilang lenyap setelah kamu bercakap kepadaku. Apakah kamu hanya berbicara tentang dua ratus ekor unta yang aku rampas daripada kamu, sedangkan kamu meninggalkan Kaabah yang menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu. Aku datang untuk menghancurkannya tetapi kamu tidak pula bercakap denganku tentangnya?"

Lalu Abdul Muttalib menjawab: "Aku adalah tuan unta tersebut, manakala Kaabah tersebut ada tuan yang akan melindunginya." Abrahah berkata: "Tidak ada siapa yang dapat menghalang aku untuk menghancurkannya." Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Biarlah kamu dengan keadaan kamu." Unta-unta tersebut dipulangkan kembali kepada Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul Muttalib pulang kepada kaum Quraisy lalu menceritakan kisah pertemuannya dengan Abrahah dan memerintahkan mereka agar keluar dari Mekah dan berlindung di atas bukit. kemudian Abdul Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa orang lagi dari kaum Quraisy bersama dengan Abdul Muttalib berdoa kepada Allah s.w.t. semoga mengalahkan Abrahah dan tenteranya.

Apabila menjelang pagi, Abrahah mula bersedia dengan gajah dan tenteranya untuk memasuki Mekah dimana gajahnya bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan gajah menuju ke Mekah, mereka telah bertemu dengan Nufail bin Habib. Beliau berdiri di sebelah gajah tersebut kemudian memegang telinganya lalu berkata: "Duduklah Mahmud dan kembalilah semula ke tempat kamu datang, sesungguhnya kamu berada di negeri yang diharamkan oleh Allah s.w.t.."

Kemudian beliau melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah tersebut terus duduk. Mereka memukul gajah tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat demikian. Kemudian mereka mengarahkan gajah tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus bangun dan berjalan ke arah tersebut. Setelah itu mereka mengarahkannya ke Syam, gajah tersebut juga berjalan sebagaimana diarahkan. Mereka mengarahkan pula menuju ke arah Masyrik (timur), lalu gajah tersebut berjalan sebagaimana diarahkan. Setelah itu mereka mengarahkan semula menuju ke arah Mekah tetapi gajah tersebut terus duduk.

Lalu Allah s.w.t. mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung seumpama burung layang-layang dimana setiap seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh dan dua biji lagi di kakinya. Batu tersebut seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa sahaja yang terkena akan hancur dan binasa. Tidak semua yang binasa di tempat tersebut, mereka telah keluar dari kawasan tersebut tetapi rebah bergelimpangan di setiap jalan lalu mati dalam keadaan yang penuh dahsyat. Abrahah terkena lontaran batu tersebut di badannya, mereka membawanya dalam keadaan jari-jarinya terputus tetapi apabila tiba di San'a, Abrahah meninggal dunia di sana.


Permulaan Wahyu

Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahyu Pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, Baginda s.a.w. melihat (sesuatu) di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu Baginda s.a.w.. suka mengasingkan diri. Baginda s.a.w. mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis, Baginda s.a.w. pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika Baginda s.a.w. berada di Gua Hira' tersebut lalu berkata: "Bacalah". Baginda s.a.w. menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Kata Baginda s.a.w. lagi: "Malaikat memelukku sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Malaikat memelukku buat kali yang kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Dia memelukku buat kali yang ketiga kemudian melepaskanku lalu berkata:

Yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya).

Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui Khadijah binti Khuwailid (isteri Baginda s.a.w) dengan berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah terus menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar. Baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya: "Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang menimpa diriku." Khadijah berkata: "Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang yang harta, memuliakan tetamu dan menyebelahi orang yang benar." Setelah itu Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahiliah. Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang telah tua lagi buta. Khadijah berkata kepadanya: "Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang akan diperkatakan oleh anak saudara kamu ini (Rasulullah s.a.w). Lalu Waraqah berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah kamu lihat." Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa yang telah berlaku ke atas diri Baginda s.a.w.. Waraqah berkata kepada Baginda s.a.w.: "Itulah Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa, mudah-mudahan aku masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan sedih kerana dihalau oleh kaum kamu" Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Apakah mereka akan menghalau aku?" Beliau menjawab: "Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (Wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolong kamu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh." Tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika Wahyu diberhentikan buat sementara waktu.


Sejarah Pembinaan

Pembinaan Telaga Zamzam:

Orang pertama menggunakan kain yang mempunyai lebihan labuh di belakang dari kalangan wanita ialah ibu Nabi Ismail a.s yang digunakan untuk menyembunyikan kesan kakinya daripada Siti Sarah. Nabi Ibrahim a.s membawa ibu Nabi Ismail (Siti Hajar) serta anaknya Nabi Ismail a.s yang masih lagi menyusu dan kemudian meninggalkannya berhampiran Kaabah di sebatang pokok yang besar di atas Zamzam. Ketika itu Kota Mekah masih belum berpenghuni serta tidak mempunyai air. Nabi Ibrahim a.s meninggalkan mereka berdua di sana. Diletakkan di sisi mereka berdua sebungkus buah tamar dan sebekas air. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertolak pulang, lalu baginda diikuti oleh ibu Nabi Ismail a.s lalu bertanya: "Wahai Ibrahim! Ke manakah kamu hendak pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak mempunyai seorang manusia dan apa-apa pun ini?" Siti Hajar bertanya mengenai perkara itu berkali-kali, tetapi baginda tidak menghiraukannya. Siti Hajar bertanya lagi: "Adakah Allah s.w.t. memerintah kamu berbuat begini?" Baginda menjawab: "Memang benar." Isterinya berkata: "Kalau begitu tiada halangan bagi kami." Kemudian ibu Nabi Ismail kembali semula ke tempatnya, lalu Nabi Ibrahim a.s bertolak pergi sehingga baginda tidak kelihatan lagi. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke arah kiblat (Kaabah sekarang ini) kemudian terus mengangkat tangan sambil berdoa:

Yang bermaksud: (Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ditumbuhi tanaman, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur).

Sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s, ibu Nabi Ismail a.s menyusukan anaknya dan memberi minum air yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di dalam bekas. Apabila air di dalam bekas itu habis, anaknya terus kehausan. Oleh kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kehausan, Siti Hajar terus menuju ke bukit Safa yang paling hampir dengan tempat beliau duduki. Beliau berdiri di atas bukit itu dan berpaling ke lembah untuk melihat kalau-kalau ada seseorang. Siti Hajar tidak melihat walau seseorang pun ada di sana, lalu beliau turun semula dari bukit Safa sehingga menghampiri perlembahan tersebut. Kemudian beliau menuju ke bukit Marwah dan berdiri di atasnya untuk melihat kalau-kalau ada seseorang di sana. Tetapi beliau tidak juga mendapatinya. Beliau melakukan keadaan sedemikian sebanyak tujuh kali.

Ketika berada di atas bukit Marwah, Siti Hajar telah mendengar suatu suara membisikkan kepadanya: "Diamlah." Siti Hajar cuba memerhatikan suara tersebut. Suara itu masih tetap kedengaran, lalu suara tersebut berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar bahawa di sisimu ada pertolongan." Tiba-tiba dia mendapati malaikat menunjukkan tempat Zamzam, lalu beliau terus menggalinya dengan tumit, ada yang mengatakan beliau menggali dengan menggunakan kedua tangannya sehingga keluar air. Kemudian beliau membatasinya dan beliau berkata dengan tangannya begini untuk memenuhkan bekasnya dengan air tersebut, setelah bekasnya dipenuhi dengan air beliau terus berlalu untuk meminum dan menyusu anaknya, lalu malaikat berkata kepadanya: "Janganlah kamu takut kepada kesusahan, sesungguhnya di sana akan dibina sebuah rumah Allah s.w.t. (Baitullah) yang akan dibina oleh kanak-kanak ini dan ayahnya, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menyusahkan keluarganya." Setelah itu beliau bertemu dengan satu rombongan dari Jurhum lalu mereka turun dan menuju ke kawasan yang paling rendah di Mekah, mereka melihat burung-burung berterbangan dan berkata, sesungguhnya burung-burung ini berterbangan mengelilingi air, kami percaya bahawa di lembah (wadi) ini terdapat air, mereka mengutus seorang atau dua orang untuk melihatnya dan utusan tersebut mendapati di sana terdapat air lalu kembali dan memberitahu kepada rombongan mereka. Lalu mereka meminta kebenaran dari ibu Ismail untuk pergi mendapatkan air tersebut, ibu Nabi Ismail membenarkannya dengan berkata: "Ya, tetapi jangan kamu jadikan air itu sebagai hak kamu." Mereka menjawab: "Ya."

Menggali Semula Zamzam:

Ketika Abdul Mutalib sedang tidur di Hijir, datang seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Barrah"" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Barrah?" Sehingga keesokan harinya pula, beliau tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Madnunah" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Madhnunah?" Kemudian beliau pun beredar dari situ sehinggalah keesokan harinya, beliau kembali tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Tayyibah" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Tayyibah?" Pada hari yang keempat, beliau bermimpi lagi dan telah dikatakan kepada beliau: "Galilah Zamzam." Beliau menjawab: "Apakah Zamzam?" Beliau berkata: "Janganlah kamu menimba air itu dan membatasnya." Kemudian beliau ditunjukkan tempatnya. Setelah itu baginda menggalinya sebagaimana yang telah ditunjukkan kepadanya. Orang-orang Quraisy bertanya kepada beliau: "Apakah ini semua wahai Abdul Mutalib?" Beliau menjawab: "Aku diperintahkan supaya menggali telaga Zamzam." Ketika dijumpai Zamzam dan melihat patung kijang. Orang-orang Quraisy terus mempercayainya. Abdul Mutalib terus menggalinya. Beliau menemui dua ekor patung kijang yang diperbuat dari emas. Kedua-duanya adalah patung kijang yang di tanam oleh Bani Jurhum ketika mereka keluar dari Mekah. Tempat tersebut merupakan telaga Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. Setelah Abdul Mutalib menggali telaga Zamzam dan setelah Allah s.w.t. tunjukkan tempat serta memilih beliau untuk menggali Zamzam, Allah s.w.t telah menambahkan kemuliaan beliau dengan sebab Zamzam tersebut dan kaumnya juga dapat menikmatinya.

Binaan Nabi Ibrahim:

Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satu-satunya binaan yang disebut di dalam al-Quran

Meninggikan Asas (Tapak):

1.  Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t  kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu." Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t  memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t  menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua.

2.  Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t : Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (untuk membinanya),

ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,

Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t  semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani Israel, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t  sahaja Yang Maha Mengetahui.

3.  Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:

* Tingginya sembilan hasta.

* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.

* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.

* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.

* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta.

Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t  sahaja Yang Amat Mengetahui.

Binaan Malaikat:

Allah s.w.t
berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.

Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki dan benci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.

Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t  membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.

Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t  membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t  memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah s.w.t  mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya." Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur.

Binaan Nabi Adam a.s:

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: "Binalah untukKu sebuah rumah." Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam a.s menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata: "Cukuplah wahai Adam!" Setelah selesai membinanya, Allah s.w.t  mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan dikatakan kepada beliau: "Engkau adalah manusia pertama." Inilah rumah pertama yang dibina sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.

Binaan Syith:

Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan tersebut ditenggelami air dan tidak dapat dikesani. Mengikut sesetengah israiliat (tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila beliau wafat, khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah yang membuat pembinaan pertama terhadap Kaabah.

* Ketiga-tiga pendapat yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan Nabi Adam a.s atau binaan Syith a.s tidak mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati ketiga-tiga pendapat tersebut terbukti kedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa orang pertama yang membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s.

Binaan Al-Umaliqah:

Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya, lalu ia dibina semula oleh Kabilah Al-Umaliqah.

*   Tidak terdapat huraian secara terperinci dalam kebanyakan sumber-sumber rujukan tentang pembinaan ini.

 

Binaan Jurhum:

Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air banjir dari sebelah atas Kota Mekah menyebabkan dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh. Jurhum telah memperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina benteng untuk menghalang banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam riwayat yang lain, Kaabah telah runtuh akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina sebuah pintu yang mempunyai dua daun dan satu pengunci.

Binaan Qusai bin Kilab:

Orang pertama yang memperbaharui binaan Kaabah daripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s ialah Qusai bin Kilab. Beliau membina atap dengan menggunakan kayu Dum dan pelepah tamar. Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama iaitu salah satu daripada irama syair Arab.
 


.

Maksudnya: Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada Kaabah yang telah dibina oleh Qusai datuknya dan Ibnu Jurhum.

Binaan Quraisy:

1.  Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur (baligh), dikatakan juga ketika umur baginda dua puluh lima tahun, seorang wanita telah melontar Kaabah. Bunga api yang keluar hasil dari lontaran tersebut terkena pada kelambu Kaabah lalu terbakar. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu orang-orang Quraisy membinanya semula. Apabila tiba waktu untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula bertengkar dan berselisih pendapat tentang kabilah manakah patut mengangkatnya. Mereka berkata: "Kemarilah kamu semua! Kita akan melantik orang yang mula-mula datang kepada kita melalui pintu Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu, ternyata Rasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu mereka meminta baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w. memerintahkan agar mereka membentangkan sehelai kain lalu baginda s.a.w. sendiri meletakkan Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah bentangan kain serta memerintahkan agar setiap orang memegang hujung-hujung kain tersebut. Dikatakan juga: "Mereka mengemukakan ketua kabilah masing-masing agar memegang hujung kain tersebut lalu mengangkatnya." Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w mengambil Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy mendirikan enam batang tiang di dalam Kaabah.

2.   Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan pintu Kaabah agar ia hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja. Kaabah tidak boleh dimasuki melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamu benci datang, buanglah tangga tersebut agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran kepada sesiapa yang melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah orang-orang Quraisy terus melakukannya. Mereka juga menambahkan ketinggian Kaabah dari sembilan hasta kepada lapan belas hasta. Mereka memendekkannya sebanyak enam hasta di arah utara dari tapak asas binaan Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang mereka miliki tidak mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.

Binaan Abdullah Bin Az-Zubair:

1.  Kebakaran Kaabah pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah merupakan kebakaran yang agak besar pernah berlaku. Abdullah bin Az-Zubair telah membiarkan keadaan Kaabah yang terbakar itu sehingga tiba musim Haji dimana ramai yang berkunjung untuk mengerjakan Haji. Apabila mereka semakin ramai, beliau berkata: "Wahai umat Islam! Tunjukkanlah kepadaku cara memperbaiki Kaabah, sama ada meruntuh, membinanya semula ataupun memperbaiki kerosakannya sahaja." Ibnu Abbas berkata: "Pada pendapatku kamu perbaiki kerosakannya sahaja. Biarkan binaan asal Baitullah dan batu-batu binaan asalnya kerana di situlah orang ramai memeluk Islam serta Rasulullah s.a.w diutuskan." Ibnu Az-Zubair berkata: "Sekiranya rumah salah seorang di antara kamu terbakar, tentu dia tidak redha sebelum memperbaharuinya. Bagaimana pula dengan rumah Tuhan kamu? Sesungguhnya aku akan memohon kebaikan (beristikharah) daripada Tuhanku sebanyak tiga kali kemudian barulah melakukan urusanku."

2. Selepas tiga kali beristikharah, mereka telah sepakat untuk meruntuhkannya. Ketika hendak memulakannya, orang ramai merasa bimbang kalau-kalau orang pertama yang memulakan kerja tersebut akan di timpa bala dari langit. Kemudian seorang lelaki naik ke atas bumbung Kaabah lalu mencampakkan batu-bata runtuhan. Apabila orang ramai melihat lelaki tersebut tidak di timpa bala, mereka terus ikut melakukannya. Mereka membuang kesemua batu-bata sehingga menyamai tanah. Ibnu Az-Zubair membina beberapa batang tiang dan membina dinding di sekeliling tiang tersebut sehingga siap terdiri sebuah binaan. Kemudian mereka melakukan tawaf mengelilingi binaan Kaabah tersebut. Tiada seorangpun yang ketinggalan dari melakukannya.
3. Ibnu Az-Zubair berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Seandainya kaummu (orang ramai) telah lama meninggalkan masa jahiliah (dengan kekufuran) dan seandainya aku mempunyai harta untuk membiayai penambahan bangunan Baitullah tentu aku akan memasukkan kawasan Hijir Ismail itu selaras dengan Kaabah sebanyak lima hasta, kemudian aku akan membuat pintu masuk dan pintu keluar daripadanya." Ibnu Az-Zubair berkata: "Pada hari ini, aku telah mendapat kos pembinaannya dan tidak perlu bimbang keadaan orang ramai."
4. Setelah Ibnu Az-Zubair meruntuhkan Kaabah dan meratakannya sehingga menyamai bumi, beliau mencari asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau menemui tapak asas tersebut berada lebih sedikit daripada enam hasta ke arah Hijir. Batu asas tersebut seolah-olah leher unta iaitu batu yang berwarna merah yang bertaut antara satu sama lain seperti genggaman jari-jari.
5. Ketika sedang menggali asas binaan Nabi Ibrahim a.s, beliau menemui sebuah kubur lalu berkata: "Ini adalah kubur ibu Nabi Ismail a.s (Siti Hajar)." Seramai lima puluh orang lelaki berserta dengan para pembesar mereka menyaksikan peristiwa tersebut.
6. Abdullah bin Muti' Al-Adawi telah memasukkan besi penuas yang berada di tangannya pada salah satu penjuru Kaabah lalu setiap penjuru Kaabah bergerak sedikit demi sedikit. Tanpa diduga tepi Kaabah telah runtuh menyebabkan seluruh Kota Mekah bergegar dengan kuat. Gegaran itu telah menakutkan mereka. Ibnu Az-Zubir berkata: "Saksikanlah!" Kemudian beliau membina binaan tersebut di atas asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membina dua buah pintu dari atas tanah, kedua-dua pintu tersebut berhadapan antara satu sama lain.
7. Ibnu Az-Zubair menambah ketinggian Kaabah sembilan hasta, menjadikan ketinggiannya setinggi dua puluh tujuh hasta.
8. Beliau menjadikan lebar dinding Kaabah dua hasta.
9. Beliau membina tiga batang tiang di dalam Kaabah menggantikan enam batang tiang yang dibina oleh orang-orang Quraisy.
10. Beliau mengambil batu marmar dari San'aa dan meletakkannya di bahagian atas untuk menguatkan pancaran cahaya.
11. Beliau membina pintunya yang terdiri dari dua daun pintu manakala panjang keduanya adalah sebelas hasta.
12. Beliau juga membina tangga kayu untuk naik ke atas Kaabah.
13. Setelah Ibnu Az-Zubair selesai membinanya, beliau menyapu bahagian dalam dan luar Kaabah dengan wangi-wangian, za'faran dan memasang kelambu.
14. Ibnu Az-Zubair mengeluarkan seratus ekor unta atau lembu lalu tawaf di sekeliling Kaabah dan melambai di setiap penjurunya.

Binaan Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi:

1.  Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki Kota Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin Az-Zubair, beliau terus menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan menyatakan setiap perkara yang telah Ibnu Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan menjawab surat tersebut dengan katanya: "Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada Hijir dan kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang dibuka di sebelah barat, kemudian biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu sahaja."

2.  Al-Hajjaj telah merobohkan dinding di Hijir dan membina kembali di tempat asalnya yang pertama kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.

3.  Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.

4.  Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.

5.  Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada kedudukan asalnya.

Binaan Sultan Murad Khan:

1.  Kota Mekah telah dilanda hujan lebat bermula pada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039 H yang mengakibatkan banjir besar mengalir masuk ke dalam Masjidil Haram serta memenuhi hampir keseluruhan kawasannya. Pada hari Khamis, dinding di sebelah Syam dan sebahagian dinding-dinding di sebelah timur dan barat telah runtuh. Hujan yang masih lagi berterusan sangat membimbangkan orang ramai.

2.  Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah sebagaimana keadaan sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan atas perintah Sultan Murad Khan. Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t, kerja-kerja tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040 Hijrah. Pembinaan tersebut memakan masa enam bulan setengah.

3.  Inilah binaan Kaabah yang terakhir dan masih kekal hingga ke hari ini. Projek-projek pembesaran terus dijalankan pada masa pemerintahan Kerajaan Arab Saudi seperti yang kita akan dapat lihat dalam tajuk peluasan al-Haram.


Peluasan Hajarulaswad

1.  Orang pertama yang meletakkan kedudukan Hajarulaswad di tempatnya ialah Nabi Ibrahim a.s. Ia merupakan salah satu daripada permata delima dari Syurga.

2.  Apabila Bani Bakar bin Abdu Manat bin Kinanah dan Ghaisyan bin Khuza'ah yang mana kedua-duanya dari Bani Jurhum keluar dari Mekah, Amru bin Al-Haris bin Madad Al-Jurhumi mengeluarkan dua ekor patung kijang yang diperbuat daripada emas dan juga Hajarulaswad lalu menimbusnya di telaga Zamzam. Selepas itu beliau dan sebahagian dari golongan Jurhum yang bersamanya pergi ke Yaman.

3.  Penimbusan Hajarulaswad di telaga Zamzam berlaku tidak begitu lama. Seorang wanita dari Bani Khuza'ah telah menunjukkan tempat Hajarulaswad ditimbus kerana beliau melihat Bani Jurhum menimbusnya. Mereka telah mengembalikan Hajarulaswad ke tempatnya. Peristiwa itu berlaku sebelum Qusai bin Kilab mendirikan Kaabah.

4.  Setelah orang-orang Qaramitah berjaya menguasai Mekah (di bawah pimpinan Abu Tahir Al-Qarmuti), mereka telah membunuh seramai 1,700 jiwa manusia di Masjidil Haram. Mereka di bunuh ketika bergantungan di Kaabah untuk menghalang orang-orang Qaramitah dari mengambil Hajarulaswad. Mayat mereka dicampakkan ke dalam telaga Zamzam sehingga penuh. Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya dipenuhi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Orang-orang Qaramitah merampas harta benda orang ramai, hiasan-hiasan Kaabah, mencabut kelambu Kaabah dan membahagikannya di kalangan mereka. Mereka juga memusnahkan rumah-rumah di sekitar Mekah, mencabut pintu Kaabah dan saluran hujan yang diperbuat dari emas. Abu Tahir Al-Qarmuti telah memerintahkan Jaafar bin Ilaj mencabut Hajarulaswad. Hajarulaswad dicabut dari tempatnya pada 7 Zulhijah, tahun 317 selepas berlaku perbuatan dosa-dosa besar yang amat dikeji iaitu membunuh orang-orang yang sedang tawaf, beriktikaf dan yang mendirikan sembahyang. Setelah itu mereka membawa Hajarulaswad ke Hajar (Negeri mereka) dan tempatnya di Kaabah hanya tinggal kosong. Orang ramai masih meletakkan tangan mereka di tempat tersebut untuk mendapatkan keberkatan sehinggalah ia dikembalikan ke tempat asalnya pada hari selasa iaitu Hari Raya Korban, tahun 339. Dengan pengembalian tersebut, bermakna Hajarul Aswad hilang dari mereka lebih kurang dua puluh dua tahun. Orang yang mengembalikannya ialah Sinbar bin Hasan Al-Qarmuti.

5.  Pada tahun 363, seorang lelaki dari negeri Rom datang ke Mekah lalu menghina dan memukul Hajarulaswad dengan sebilah cangkul di bahagian penjuru (Hajarulaswad) dengan pukulan yang kuat sehingga pecah. Beliau mengangkat tangannya sekali lagi untuk memukul tetapi telah ditikam oleh seorang lelaki Yaman dan berjaya mengalahkannya.

6.  Pada tahun 413 Kerajaan Fatimiah menghantar sebahagian daripada pengikutnya dari Mesir yang telah dihasut oleh Hakim Al-Ubaidi. Di antara mereka terdapat seorang lelaki yang memiliki kulit berwarna merah, berambut perang, mempunyai badan yang perkasa dan tinggi lampai. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang yang terhunus dan membawa "Dabus" (Sejenis alat seperti besi penuas). Beliau memukul permukaan Hajarulaswad tiga kali menyebabkan serpihannya berguguran jatuh. Beliau berkata: "Sampai bilakah Hajarulaswad ini akan disembah. Tiada siapa dapat menghalang aku dari melakukannya walaupun Muhammad dan Ali. Hari ini aku ingin meruntuhkan Kaabah." Tetapi sepasukan tentera berkuda telah mengepung beliau dan berjaya membunuh serta membakar beliau berserta pembantu-pembantunya.

7.   Pada tahun 990 pula, seorang lelaki asing telah datang dengan membawa sebatang besi lalu memukul Hajarulaswad. Lantas Al-Amir Nasir menetak beliau dengan sebilah pedang lalu mati.

8.  Pada akhir bulan Muharam tahun 1351, seorang lelaki dari negara Afghanistan datang ke Kaabah lalu mencabut dan mencuri sedikit Hajarul Aswad, secebis kelambu Kaabah serta seketul perak dari tangga Kaabah. Perbuatan lelaki tersebut diketahui oleh penjaga-penjaga Kaabah. Mereka berjaya menangkapnya dan kemudian dihukum gantung sebagai balasan terhadap perbuatannya. Pada 28 Rabiulakhir tahun 1351 Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Faisal, keluarga As-Saud dari Taif datang ke Masjidil Haram bertujuan untuk melekatkan kembali serpihan yang dicabut oleh tentera durjana. Usaha melekatkan serpihan itu dilakukan selepas dijalankan ujikaji adunan bahan kimia yang dicampur dengan kasturi dan ambar oleh mereka yang didatangkan khas untuk melekatkan serpihan Hajarulaswad.


Maqam Nabi Ibrahim

1. Ia merupakan batu tempat al-Khalil Nabi Ibrahim a.s berdiri ketika meninggikan binaan Kaabah dari kedudukannya. Batu ini diletakkan oleh Nabi Ismail a.s untuk meninggikan beliau.

2.  Sebagaimana yang kita maklumi, ketinggian Kaabah hanya mencapai sembilan hasta sahaja ketika al-Khalil Nabi Ibrahim a.s membinanya. Kemudian orang-orang Quraisy menambah ketinggian Kaabah sehingga menjadi 18 hasta ketika mereka membinanya. Kemudian Abdullah bin Az-Zubair pula menambah ketinggiannya sehingga 27 hasta dan kekal dengan ketinggian tersebut.

3.  Batu tersebut kekal berdekatan dinding Kaabah semenjak dahulu hinggalah ke masa pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a di mana selepas itu ia dijauhkan dari Baitullah agar tidak mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang di sekitar Maqam dan orang ramai yang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

4.  Kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu tersebut masih lagi kekal dan berterusan. Abu Talib telah berkata di dalam qasidahnya yang masyhur iaitu: Yang bermaksud: Tempat berpijak Nabi Ibrahim a.s menjadi lembut beliau berdiri di atas kedua kakinya tanpa memakai alas kaki. Iaitu: Sesungguhnya kakinya yang mulia itu tenggelam pada batu, oleh itu tertinggallah kesan tersebut sekadar tapak kakinya.


Pintu Kaabah

1.   Binaan Nabi Ibrahim a.s: Sebuah pintu dirapatkan pada tanah.

2.   Binaan orang-orang Quraisy: Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah mengikut pandangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.

3.   Binaan Ibnu Az-Zubair: Pintu dirapatkan pada tanah kemudian membina sebuah pintu lain di sebelah barat yang berada di antara penjuru Syam dan penjuru Yaman.

4.   Binaan Al-Hajjaj: Pintu ditinggikan kembali sebagaimana yang asal dan menutup pintu di sebelah barat.

5.   Pintu yang ada sekarang: Ia diperbuat dari emas tulin, dibina oleh Jalalah Al-Malik Khalid bin Abdul Aziz.


Hijir Ismail

1.   Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta sahaja iaitu satu pertiga daripada ketinggian Kaabah pada hari ini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas tapaknya. Pada hari ini tapak tersebut berada enam hasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan Hijir. Anda boleh membezakan ketebalan antara Hijir lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu sebahagian besar dinding Hijir yang lurus serta yang menghala ke arah utara Kaabah, ia merupakan sebahagian dari Kaabah.

2.  Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan dinding Kaabah di sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta (mengecilkan binaan Kaabah) untuk meluaskan kawasan Hijir.

3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula sebagaimana bentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan mengecilkan sedikit kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).

4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya sebagaimana sekarang ini.


Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s

1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.
2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.
3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.
4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya. Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan pemurah, pada tahun 550 H.
5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.
6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.
7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husin bin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.
8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.
9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.
10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.
11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dari Mesir.

Nama-nama Mekah

Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-


 

 

Balad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
 
Baladul Amin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman ini."
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai ayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah."
Baldah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini."
Bakkah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."
 
Mekah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka."
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.
Qaryah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri."
 
  Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.
 
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)".
Ma'aad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai."
 
Ummul Qura: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya."
 
Makhraja Sidqin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."
 
Bassah: Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya.
Basaq: Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis.
Nama-nama tambahan: Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha.
An-Nasah-An-Nasyah: Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.
An-Nassasah: Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.

MASJIDILHARAM

Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah:

Baitulharam: Firman Allah s.w.t:
ِYang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)."
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
ُ
Baitul Atiq: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
  Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t  namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia. 
Baniyyah:

Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).


Telaga Zamzam

Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut:

Zummizmu Hazmatu Jibril Siidah Zammamu
Barakah Suqya Ismail Madnunah Syia'ah
Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah
Kaafiah Ta'aamu Tu'mu Barratu Asy-Syuba'atu
Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal
Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu
Tahirah Qaryatul Naml Busyra Hazmatu Ismail
Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam Ismah Hazmatul Bi'ri
Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu Tayyibah Abyar
Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril

Haji Wida' - Madinah

Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M

 

1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w. berkorban setiap tahun tetapi belum lagi mengerjakan Haji sehingga pada bulan Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Baginda s.a.w. telah membuat keputusan untuk keluar mengerjakan Haji. Setelah Baginda s.a.w. memberitahu hasrat tersebut kepada orang ramai berita tersebut heboh disekitar Kota Madinah kerana masing-masing berkeinginan untuk mengerjakan ibadat Haji bersama Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. sama ada secara menunggang binatang tunggangan atau berjalan kaki. Keadaan ini menyebabkan Kota Madinah dipenuhi dengan orang ramai. Bilangan mereka yang berkumpul menemui Baginda s.a.w. dalam perjalanan tidak terhitung ramainya. Mereka berkumpul disebelah hadapan, belakang, kiri dan kanan Baginda s.a.w. sehingga sayup mata memandang kerana jumlah mereka yang begitu ramai. Mereka ingin mengikuti Rasulullah s.a.w. dan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.

2.  Ketika Baginda s.a.w. ingin keluar untuk mengerjakan ibadat Haji, Baginda s.a.w. telah melantik Abu Dujanah Sammak bin Khursyah as-Sa'idiy sebagai pemimpin di Madinah dan ada juga yang berkata Baginda s.a.w. melantik Subak bin Urfutah.

3.  Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat rakaat, Baginda s.a.w. berkhutbah kepada orang ramai dan mengajar mereka tentang ibadat Haji yang akan mereka kerjakan (khutbah).

4.Setelah itu Baginda s.a.w. meminta supaya mengambil untanya lalu Baginda s.a.w. mengguriskan tanda dibahagian bonggol sebelah kanan unta tersebut lalu mengalir darah darinya. Seterusnya Baginda s.a.w. menyarungkan kalung tanda keleher unta tersebut. Baginda s.a.w. menyerahkan kepada orang lain urusan menanda dan menyarung kalung unta-unta yang lain. Sebaik sahaja selesai meletakkan tanda, Baginda s.a.w. menyerahkan untanya sebagai Dam kepada Najiah Ibnu Jundab al-Aslami.

5.  Rasulullah s.a.w mandi sunat Ihram, memakai wangi-wangian lantas memakai dua pakaian ihram kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah dia Haji yang diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk."

6.  Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah pada waktu tengahari iaitu selepas Zuhur pada hari Sabtu, melalui jalan-jalan yang berpokok, lima hari sebelum genap bulan Zulkaedah. Ketika keluar dari Kota Madinah, Baginda s.a.w. mendirikan sembahyang di Masjidnya

Haji Wida' > Zul Hulaifah

Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M

 

1.  Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia terletak di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah, sebaik sahaja tiba di sana pada waktu asar, Rasulullah s.a.w  mendirikan sembahyang Asar secara qasar.

2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah yang terletak didalam kawasan masjid di Zul Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada dikanan jalan.

3.   Seterusnya Rasulullah s.a.w  mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian Rasulullah s.a.w  berjumpa isteri-isterinya pada malam tersebut secara bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w  mandi dan disapu wangi-wangian oleh Saidatina Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w  bermalam di Zul Hulaifah.

4.   Setelah mendirikan sembahyang Subuh Rasulullah s.a.w memberitahu para
sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku telah dikunjungi sesuatu daripada Tuhanku (mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu berkata: Dirikan sembahyang dilembah ini dan sebutkanlah Umrah didalam hati."

5.  Perintah supaya mendirikan sembahyang di lembah Aqiq merupakan perintah supaya tetap berada di Zul Hulaifah sehingga selesai sembahyang Zuhur, setelah itu bolehlah memakai pakaian Ihram.

Asma' melahirkan anak:
Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."

Pengajaran Yang Boleh Diambil:

Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin.


Zul Hulaifah - Ihram:

Ahad 27-11-10 H 23-2-632 M
1. Setelah selesai mendirikan sembahyang Zuhur, (Rasulullah s.a.w mula untuk berihram. Rasulullah s.a.w memulakan dengan mandi kali kedua bukannya manda yang telah Rasulullah s.a.w lakukan pada hari sebelum hari tersebut. Rasulullah s.a.w membasuh kepala dengan menggunakan dua jenis tumbuhan yang biasa digunakan untuk membasuh kepala iaitu khitmi (sejenis tumbuhan berbunga) dan Usynan iaitu Potash (ia biasa digunakan untuk membuat sabun). Setelah selesai mandi Rasulullah s.a.w  menyapu kepala dengan sedikit minya kemudian meratakannya dengan menggunakan kedua-dua tangan. Setelah itu Saidatina Aisyah r.a menyapu tubuh dan kepala baginda dengan wangian kasturi sehingga kesan kasturi kelihatan pada sendi-sendi baginda.

2. (Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang lelaki: "Apakah pakaian yang boleh dipakai oleh orang yang berihram?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu tidak boleh memakai baju, serban, seluar,jubah yang mempunyai penutup kepala dan khuf (berbentuk stokin tetapi diperbuat dari kulit) kecuali selipar yang tiada penutup hadapan dan belakang."

Berniat Ihram:

1. Rasulullah s.a.w memasuki masjid Zul Hulaifah lalu mendirikan sembahyang empat rakaat kemudian berniat Ihram Haji di dalam masjid tersebut sehingga dapat didengari oleh sahabat yang berada di dalamnya lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah untuk Ihram Haji dari masjid dan ketika menunggang tunggangan." Manakala sahabat yang berada di tepi masjid pula berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji ketika tunggangan bersedia untuk bertolak." Ketika berada di Baida' juga baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji dan didengari oleh sahabat yang berada di Baida', lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji dari Baida'. Semua kata-kata mereka adalah betul.
2. Nabi Muhammad s.a.w berlafaz niat Ihram Haji dan Umrah satu kali, berlafaz niat Ihram Umrah satu kali dan berlafaz niat Ihram Haji sahaja satu kali kerana Umrah adalah sebahagian daripadanya. Oleh sebab yang demikianlah ada yang mengatakan Baginda sa.w. mengerjakan Haji Qiran, ada yang mengataka Baginda s.a.w. mengerjakan Haji Tamattu' dan ada juga yang mengatakan Baginda sa.w. mengerjakan Haji Ifrad. Manakala pendapat yang betul ialah pada mulanya Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Ifrad. Setelah itu berihram Umrah dan memasukkannya ke dalam ibadat Haji maka jadilah: Haji Qiran.
3. Sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Ifrad maka itulah yang asalnya. Manakala sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Qiran adalah berdasarkan kepada pekerjaan terakhir Rasulullah s.a.w dan sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Tamattu' ialah kerana mengambil maksud Tamattu' dari sudut bahasa yang bererti beruntung dan mendapat faedah.

Talbiah:

1. Rasulullah s.a.w bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu) dengan kuat hingga para sahabat mendengarnya menyebabkan mereka turut serta bertalbiah.
2. Rasulullah s.a.w juga bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi keinginanMu. Kebaikan terletak pada kekuasaanMu, telah aku penuhi seruanMu, musafir keranaMu dan beramal keranaMu).
3. Talbiah Rasulullah s.a.w ialah: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu dengan mengerjakan ibadat Haji dan kepadaMulah kami memperhambakan diri.
4. Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah baginda s.a.w.: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, Tuhan yang sebenar-benarnya, telah aku penuhi seruanMu.
5. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah, Rasulullah s.a.w terus memohon keampunan, keredhaan kepada Allah s.w.t. serta memohon agar diselamatkan dari api Neraka.
6. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta supaya aku memerintahkan para sahabat menyaringkan suara mereka ketika bertalbiah." Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah bertalbiah dan berkorban."
7. Di dalam riwayat yang lain: Jibril datang berjumpa aku lalu berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.) Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya menyaringkan suara mereka dengan talbiah kerana sesungguhnya talbiah adalah syair iaitu lambang ibadat Haji."

Haji Wida' > Rauha'

Isnin 28-11-10 H 24-2-632 M

 

1.  Jarak di antara Rauha' dengan Zul Hulaifah adalah sejauh kira-kira 50 km. Oleh itu ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah selepas Zuhur pada hari Sabtu, sudah tentu baginda s.a.w. bermalam pada malam hari Isnin di pertengahan jalan di antara Zul Hulaifah dan pinggir Rauha'. Setelah subuh barulah Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan sambil bertalbiah.

2. Sebaik sahaja tiba di Rauha' Rasulullah s.a.w terlihat kaldai liar yang telah disembelih lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat: "Biarkan dia, kemungkinan tuannya akan datang." Setelah beberapa ketika tuannya yang berasal dari Kabilah Bahzin datang berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, terpulanglah kepadamu untuk menguruskan kaldai ini." Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar supaya membahagikannya kepada para sahabat.

3. Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang dimasjid kecil yang terletak ditepi jalan sebelah kanan semasa anda pergi keMekah iaitu sebelum masjid besar yang terdapat di Rauha'.

Haji Wida' > Uthayah

Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M

 

1.  Seterusnya Rasulullah s.a.w beredar perlahan-lahan dari Rauha' menuju ke Uthayah yang terletak kira-kira 90 km dari Rauha' dimana penunggang terpaksa bermalam pada malam Selasa di suatu tempat sebelum Nabi Muhammad s.a.w sampai di Uthayah.

2. Ketika berada di Uthayah terletak diantara Ruwaithah dan Arju tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat seekor kijang yang terkena panah berhenti dibawah bayangan lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan seorang lelaki (mengikut sesetengah pendapat Rasulullah s.a.w  memerintahkan Abu Bakar as-Siddiq r.a.) supaya berdiri berhampiran kijang tersebut agar tidak diganggu oelh orang ramai sehingga mereka menjauhinya.

Di sini berlaku sedikit keraguan iaitu:
    Kenapakah Nabi s.a.w menyuruh agar memakan daging kaldai liar sedangkan baginda s.a.w. melarang dari memakan kijang ketika berada di Uthayah? Tafsir: Pemburu kaldai liar adalah seorang yang tidak berniat Ihram malah dia sendiri yang datang berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dan baginda s.a.w. melihatnya tidak berihram. Oleh sebab itulah daging kaldai liar halal dimakan dan tidak ditegah dari memakannya. Mengenai kijang pula Nabi Muhammad s.a.w tidak mengetahui siapakah pemburunya dan siapakah yang memanahnya. Adakah orang yang memanahnya seorang yang berihram atau tidak? Oleh sebab yang demikianlah baginda s.a.w. tidak mengizinkan para sahabat memakannya.

Haji Wida' > Arju

Arju - Berhenti Di Arju:
Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M

 

Arju adalah sebuah tempat yang terletak berhampiran dengan Badar tempat dimana berlakunya peperangan Badar Kubra. Nabi Muhammad s.a.w berhenti di Arju. Ia terletak tidak begitu jauh dari Uthayah. Baginda s.a.w. bermalam di Arju pada malam Rabu. Cuba perhatikan adakah jumlah hari bulan Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah sebanyak 29 hari atau 30 hari.

Maklumat:
Terdapat perselisihan pendapat di antara perawi tentang bulan Zulkaedah tahun 10 Hijrah. Adakah ia sempurna atau kurang? Sebab berlakunya perselisihan pendapat ialah kerana terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Saidatina Aisyah dan Jabir r.a (bahawa Nabi Muhammad s.a.w keluar dari Kota Mahinah lima hari sebelum sempurna bulan Zulkaedah oleh itu Ibnu Hazmi berkata Nabi Muhammad s.a.w keluar pada Hari Khamis 24 Zulkaedah.

Pendapat yang lain mengatakan, Nabi Muhammad s.a.w keluar pada hari Sabtu dan perawi menyangka bulan tersebut adalah sempurna. Oleh itu semua pendapat bersepakat mengatakan bahawa bulan Zulkaedah pada tahun tersebut hanya 29 hari sahaja. Hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui perkara sebenarnya.

* Nabi Muhammad s.a.w keluar pada hari Sabtu 26 Zulkaedah bersamaan 22 Februari 632 M.
* Bilangan hari pada bulan Zulkaedah tahun 10 Hijrah adalah 30 hari.
* Bulan Zulhijah juga adalah sebanyak 30 hari kerana tahun tersebut adalah tahun lompat mengikut taqwin (kalendar) Hijrah dan bulan Februari adalah sebanyak 29 hari kerana tahun 632 M juga adalah tahun lompat mengikut taqwim (kalendar) Masehi.
* Apabila bilangan hari bulan Zulhijah sebanyak 30 hari nescaya tahun Hijrah tersebut dikira tahun lompat, jika bilangan bulan Zulhijah sebanyak 29 hari nescaya tahun tersebut dikira bukan tahun lompat. Sekiranya anda ingin mengetahui perbezaan di antara tahun Hijrah biasa dengan tahun Hijrah lompat, anda bolehlah membahagikan jumlah hari dalam tahun tersebut kepada 30. Cuba bandingkan bakinya bersama nombor-nombor berikut: 2 - 5 - 7 - 10 - 13 - 15 - 18 - 21 - 24 - 26 - 29, sekiranya baki tersebut menyamai salah satu darinya maka jelaslah bahawa tahun tersebut adalah tahun lompat. Jika sebaliknya, maka tahun tersebut bukan tahun lompat. Perkara sebegini jelas pada bulan Zulhijah, sekiranya tahun tersebut bukan tahun lompat maka bilangan hari bulan Zulhijah adalah sebanyak 29 hari, tetapi jika tahun tersebut tahun lompat maka bilangan hari bulan Zulhijah adalah sebanyak 30 hari.

Arju - Kehilangan Unta:

Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M

Unta pembawa makanan Nabi Muhammad s.a.w dan makanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah unta yang sama. Ia dibawa oleh budak suruhan Saidina Abu Bakar. Ketika mereka berhenti di Arju, Nabi Muhammad s.a.w duduk berehat dan Abu Bakar berada disisi Nabi Muhammad s.a.w manakala Aisyah berada disisi Nabi Muhammad s.a.w dibahagian yang lain. Asma' binti Abu Bakar juga berada ditempat tersebut. Abu Bakar menunggu-nunggu budak suruhannay datang berjumapa dengannya. Setelah beberapa ketika budak suruhan yang ditunggu-tunggu datang berjumpa dengannya tetapi tidak ada unta bersamanya. Lalu Abu Bakar bertanya: "Dimana untamu?" Budak tersebut menajwab: "Telah hilang kelmarin." Abu Bakar berkata sembil merenung tajam: Unta seekor pun boleh hilang?" Lalu Saidina Abu Bakar memukul budak suruhannya sedangkan Nabi Muhammad s.a.w hanya tersenyum kemudian berkata: "Tengoklah kamu kepada orang yang berihram ini. Apakah yang dia lakukan?" Nabi Muhammad s.a.w tidak lagi meneruskan kata-katanya itu sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w terus tersenyum.


Arju - Makanan Ahli Fadhalah:

Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M.

Ketika diberitahu tentang kehilangan unta Rasulullah s.a.w yang membawa makanan kepada keluarga Fadhalah, mereka terus mengambil satu bekas yang penuh dengan Hais iaitu makanan yang diperbuat dari minyak sapi dan gandum atau gandum dan tamar lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Abu Bakar! Kemarilah. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada kita makanan yang lebih baik". Melihat keadaan Abu Bakar yang masih lagi tidak dapat menahan kemarahan terhadap budak suruhannya, Rasulullah s.a.w berkata: "Cukuplah wahai Abu Bakar! Apa yang berlaku bukanlah kehendak kamu dan bukan juga kehendak kita semua, malah budak suruhan kamu cukup berhati-hati agar unta tersebut tidak hilang. Semua perkara ini adalah diluar kehendaknya". Setelah itu Rasulullah s.a.w, keluarga baginda s.a.w., Abu Bakar dan para sahabat yang ada bersamanya memakan makanan yang dihidangkan sehingga mereka semua kenyang.


Arju - Unta Kembali:

Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M
1. Orang ramai terkejut melihat keadaan Safuan bin al-Mu'attal r.a yang tergesa-gesa membawa seekor unta yang membawa bekalan makanan ke rumah Rasulullah s.a.w, sehinggalah beliau meletakkan unta tersebut di hadapan pintu rumah baginda. Melihat keadaan demikian Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a: "Itukah barang-barangmu?" Abu Bakar menjawab: "Aku tidak pernah kehilangan sesuatu kecuali sebiji bekas yang biasa kami gunakan untuk meminum air dan ia diperbuat dari kayu." Budak suruhannya menjawab: "Ini bekasnya! Ada bersamaku." Abu Bakar berkata kepada Safuan: "Allah s.w.t. telah mengurniakan amanah kepadamu."
2. Setelah beberapa detik Saad bin Ubadah dan anaknya Qais r.a datang memanggil Rasulullah s.a.w sambil membawa seekor unta yang penuh dengan bekalan makanan. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w, mereka berdua terus mendapatkan Nabi Muhammad s.a.w yang masih berdiri di pintu rumahnya. Pada waktu itu Allah s.w.t. telah mengembalikan unta pembawa bekalan yang telah hilang. Saad berkata: "Wahai Rasulullah! Kami telah diberitahu bahawa kamu telah kehilangan unta yang membawa bekalan makanan pagi tadi. Oleh itu ambillah unta kami ini yang penuh dengan bekalan makanan sebagai gantinya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Allah s.w.t. telah mengembalikan unta kami yang membawa bekalan makanan. Pulanglah kamu berdua dengan membawa unta yang penuh dengan bekalan makanan kamu itu, semoga Allah s.w.t. memberkati kamu berdua.

Haji Wida' > Abwa'

Abwa' 30-11-10 H 26-2-632 M

1. Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan. Semasa Rasulullah s.a.w berada di Abwa' Rasulullah s.a.w dihadiahkan seekor kaldai liar oleh as-So'bu bin Jassamah. Mengikut riwayat yang lain: "Separuh kaldai liar" namun Rasulullah s.a.w tidak menerimanya sebaliknya Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak akan menolaknya sekiranya aku tidak berihram."

2.   Para sahabat yang menunggang binatang tunggangan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Asafan yang terletak di Mekah pada hari Rabu.

Haji Wida' > Asafan

Jumaat 2-12-10 H 28-2-632 M

1.Nabi Muhammad s.a.w bermalam pada malam Khamis di suatu tempat yang terletak di antara Abwa' dan Wadi Asafan. Nabi Muhammad s.a.w  meneruskan perjalanan pada hari Khamis dan bermalam pada malam Jumaat di suatu tempat yang tidak begitu jauh dengan Wadi Asafan manakala pada hari Jumaat pula, Nabi Muhammad s.a.w  meneruskan lagi perjalanannya sehinggalah sampai di Wadi Asafan.

2. Semasa Nabi Muhammad s.a.w berjalan-jalan di Wadi Asafan, Baginda s.a.w. bersabda: "Wahai Abu Bakar, Wadi apakah ini?" Abu Bakar menajwab: "Wadi Asafan, ya Rasulullah" Baginda s.a.w.  bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud dan  Nabi Soleh telah melalui wadi ini secara menunggang unta jantan yang masih muda dan berwarna merah serta mempunyai tali kekang yang diperbuat dari seludang iaitu kelopak atau pembalut yang berjalur dan berselimut dengan jubah. Mereka bertalbiah dan mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah."

3.   Rasulullah s.a.w bermalam di Mekah pada malam Sabtu selepas Baginda s.a.w.  melalui Wadi Asafan. Setelah Subuh Baginda s.a.w. meneruskan lagi perjalanan ke Saraf.

Haji Wida' > Saraf-Melintasi

Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M

Ibnu Saad menyebut di dalam kitab at-Tobaqaat al-Kubra bahawa: "Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada hari Isnin dan matahari tenggelam pada hari yang sama semasa baginda berada di Saraf." Sebenarnya: Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada pagi hari Sabtu kemudian melalui Saraf pada hari yang sama dan Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah s.a.w berhenti di Zu Tuwa serta Rasulullah s.a.w bermalam di sana pada malam Ahad, Wallahu A'lam.


Saraf - Membatalkan Haji:

Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M

1.  Ketika Rasulullah s.a.w berada di Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan ingin menukar ibadat Hajinya kepada Umrah maka bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang mempunyai Dam janganlah berbuat demikian." (iaitu hendaklah dia terus berada di dalam Ihramnya). Tindakan ini dinamakan oleh ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.

2.  Empat belas orang sahabat r.a telah meriwayatkan hadis daripadaRasulullah s.a.w tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada Umrah dan Hadis mereka semua adalah Sahih.


Saraf - Aisyah Menangis:

Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M

  Ketika Rasullullah s.a.w. berada berada di daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang haid sedangkan beliau dalam keadaan berihram umrah, lalu Rasullullah s.a.w. menemuinya yang kebetulan sedang menangis. Rasullullah s.a.w. bertanya: "Aisyah, apakah yang menyebabkan kamu menangis, jangan-jangan kamu datang haid?" Aisyah menjawab: "Ya". Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. keatas wanita-wanita, oleh itu lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah Haji, cuma janganlah kamu melakukan Tawaf."

Haji Wida' > Mekah

Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M

1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah dan memasukinya melalui dataran tinggi yang terletak dari arah Hajun.

2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke pintu Masjidil Haram lalu mentelekukan unta tunggangannya kemudian memasuki Masjidil Haram melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan kini orang ramai menamakannya Bab Bani Syaibah (Pintu Bani Syaibah). Rasulullah s.a.w memerhati ke arah Baitullah dan menghadapnya lantas mengangkat kedua tangan seterusnya bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud: "Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan serta tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.

Di dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram, Rasulullah s.a.w  terus menuju ke Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid kerana Tahiyyatul Masjid bagi Masjidil Haram adalah Tawaf.


Mekah - Tawaf:

Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w memulakan Tawafnya dari Hajarulaswad. Rasulullah s.a.w melambaikannya tanpa bersesak-sesak untuk mengucupnya sambil kedua mata baginda penuh berlinangan air mata.
2. Rasulullah s.a.w memakai pakaian Ihram secara menutup bahu kiri dan membuka bahu kanan. Rasulullah s.a.w berjalan sebagaimana biasa sebanyak empat pusingan, setelah selesai empat pusingan Rasulullah s.a.w mengucup Hajarulaswad dan meletakkan kedua tangan keatasnya kemudian menyapu kemuka.
3. Rasulullah s.a.w meneruskan lagi tawafnya sebanyak tiga pusingan, setiap pusingan Rasulullah s.a.w memulakannya dari Hajarulaswad dan mengakhirinya juga di Hajarulaswad. Pada ketiga-tiga pusingan ini Rasulullah s.a.w berjalan agak cepat sedikit, walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak membuka langkah lebih luas.
4. Setiap kali Rasulullah s.a.w sampai di garisan Hajarulaswad, Rasulullah s.a.w mengisyaratkannya secara melambai dengan menggunakan Mihjan (tongkat yang berkepala bengkok) dan mengucup Mihjannya. Semasa melambai Rasulullah s.a.w membaca:
5. Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar bin al-Khattab r.a.: "Wahai Umar, engkau adalah seorang lelaki yang kuat. Oleh itu janganlah kamu berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup Hajarulaswad kerana keadaan demikian akan menyakiti orang-orang yang lemah. Sekiranya engkau berpeluang bolehlah engkau mengucupnya jika tidak maka hadaplah kearahnya serta bertalbiah dan bertakbir."
6. Orang ramai menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di antara dua rukun iaitu: Rukun Yamani dan Hajarulaswad. Doa tersebut ialah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."
7. Setelah selesai TawafRasulullah s.a.w beredar ke belakang maqam Ibrahim sambil membaca: Yang bermaksud: "Dan kamu jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang." Pada waktu itu maqam Ibrahim terletak sangat hampir dengan Kaabah. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dibelakang maqam Ibrahim dengan kata lain Rasulullah s.a.w menjadikan maqam Ibrahim berada diantara Rasulullah s.a.w dan Kaabah. Pada rakaat pertama Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun manakala pada rakaat yang kedua pula Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas."
8. Sebaik sahaja selesai sembahyang baginda terus beredar ke Hajarulaswad lalu mengucupnya kemudian Baginda s.a.w. keluar melalui Bab Bani Makhzum (Pintu Bani Makhzum) yang bertentangan dengan bukit Safa untuk memulakan Saie. Rasulullah s.a.w tidak berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup Hajarul Aswad, tidak menghadap ke arah Rukun Yamani, tidak mengangkat kedua tangannya dan tidak menyebut: Yang bermaksud: "Sahaja aku berniat Tawaf pada minggu ini (sekian atau sekian.) Begitu juga Baginda s.a.w. tidak memulakannya dengan bertakbir sebagaimana Baginda s.a.w. bertakbir untuk sembahyang.

Rasulullah s.a.w tidak menyentuh Hajarulaswad dengan menggunakan kedua-dua tangannya, tidak berdoa ketika berada di pintu, tidak berdoa ketika berada di bawah saluran hujan yang diperbuat dari emas, tidak berdoa di belakang Kaabah, tidak menghadkan zikir-zikir tertentu semasa Tawaf dan Rasulullah s.a.w tidak melakukannya malah Rasulullah s.a.w tidak mengajarnya. Oleh yang demikian sepatutnya orang ramai mengambil perhatian terhadap apa yang mereka lakukan tanpa pengetahuan yang mendalam.

 


Mekah - Saie:

Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M

Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah s.w.t.. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah maka tidak menjadi kesalahan dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Memberi Balasan Pahala lagi Maha Mengetahui.
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Aku mulai sebagaimana yang telah dimulakan oleh Allah s.w.t." Kemudian Rasulullah s.a.w mendaki bukit Marwah. Setelah berada diatas bukit Marwah Rasulullah s.a.w mengadap kearah Kaabah dan memuji Allah s.w.t. sambil menyebut: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan hanya Allah jualah yang Maha Besar." Seterusnya Rasulullah s.a.w menyebut: Yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya."
 

Ketika bersaie Rasulullah s.a.w juga berkata: "Seseorang tidak akan mampu melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan." Kata-kata tersebut adalah untuk memberi semangat kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang penting dan perlu dilakukan semasa bersaie kerana orang ramai bergantung kepada bimbingan Rasulullah s.a.w malah mereka sentiasa mengikuti Rasulullah s.a.w dari belakang. Rasulullah s.a.wbersaie sehingga kelihatan dua lutut kerana terlalu kuat berlari. Ketika berada di lembah antara Safa dan Marwah Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah."
Semasa orang ramai mengerumuni Rasulullah s.a.w, mereka berkata: "Ini dia Muhammad, menyebabkan tuan-tuan hamba juga keluar mengerumuni Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w tidak menolak orang ramai dengan kedua tangan Rasulullah s.a.w supaya mereka membuka jalan untuk keluar. Melihat keadaan orang ramai yang semakin bertambah mengerumuninya, Rasulullah s.a.w terus menunggang unta dan menyempurnakan Saie secara menunggang untanya yang bernama al-Qaswa'. Ada sahabat-sahabat yang melihat Rasulullah s.a.w berselimut dengan sehelai kain buatan Najrani. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di atas bukit Marwah Baginda s.a.w. menghadap ke arah Kaabah, bertakbir kepada Allah s.w.t. dan melakukan sebagaimana yang telah dilakukan semasa berada di atas bukit Safa.


Mekah - Perintah Pembatalan:

Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Ketika berada di Saraf, Rasulullah s.a.w memberi pilihan kepada para sahabat yang ingin menukar niat Haji kepada Umrah dan setelah selesai bersaie Baginda s.a.w. menyuruh para sahabat bertahallul seterusnya membenarkan para sahabat melakukan semua perkara yang ditegah semasa berihram seperti: Bersetubuh dengan Isteri, memakai bau-bauan, memakai pakaian berjahit serta membenarkan mereka berada dalam keadaan demikian sehingga ke hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah.
2. Mendengar sabda Baginda s.a.w. tersebut, ramai dari kalangan sahabat yang bertahallul. Walau bagaimanapun pada waktu itu Rasulullah s.a.w tidak bertahallul disebabkan oleh binatang Dam yang Baginda s.a.w. bawa sejak dari Madinah lagi, begitu juga dengan para sahabat yang mempunyai Dam seperti Abu Bakar, Umar, Talhah dan az-Zubair r.a.
3. Demikian juga dengan isteri-isteri Baginda s.a.w., mereka semua bertahallul kecuali Aisyah kerana beliau datang haid sebelum selesai mengerjakan ibadat Umrah. Disebabkan keadaannya yang demikianlah Aisyah terhalang dari bertahallul. Fatimah puteri Rasulullah s.a.w juga bertahallul kerana tidak mempunyai binatang Dam.
4. Saidina Ali bin Abi Talib pulang dari Yaman dengan membawa binatang Dam lalu terlihat Fatimah r.a yang pada ketika itu telah bertahallul, memakai pakaian yang bercorak serta bercelak mata. Tindakan ini ditegur oleh Saidina Ali bin Abu Talib namun Saidatina Fatimah menjawab: "Ayahku menyuruhku berbuat begini."
5. Tanpa membuang masa Saidina Ali bin Abu Talib terus bertanya Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Dia benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya berbuat demikian."
6. Saidina Ali berniat Ihram Haji dari Yaman dengan berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, aku berniat Ihram sebagaimana RasulMu berniat Ihram."
7. Abu Musa al-Asy'ari adalah di antara sahabat yang tiba bersama-sama rombongan Saidina Ali dari Yaman tetapi beliau tidak membawa binatang Dam. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w menyuruh agar beliau bertahallul selepas melakukan Tawaf Umrah dan bersaie, dengan demikian bertukarlah Hajinya kepada Umrah serta jadilah Hajinya sebagai Haji Tamattu'.

Mekah - Khutbah Di Mekah:

Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa satu kaum berkata: "Kami telah sampai untuk menunaikan ibadat Haji tanpa diiringi dengan perkara lain. Apabila kami tiba, kami telah diperintahkan untuk mengerjakan ibadat Umrah, lalu kami bertahallul untuk menggauli isteri-isteri kami. Salah seorang dari kalangan kami pergi ke Mina dalam keadaan berjunub."
2.

Setelah Rasulullah s.a.w mendengar berita tersebut dan selesai bersaie, Baginda s.a.w. terus bangun menyampaikan khutbah kepada manusia dengan bersabda: "Aku telah diberitahu bahawa satu kaum berkata begitu dan begini. Demi Allah! Sesungguhnya akulah orang yang lebih baik dan lebih bertaqwa daripada mereka, sekiranya aku tidak terlanjur (mengikut riwayat yang lain, wahai manusia! Sekiranya aku tidak terlanjur) membawa binatang Dam, tentu tidak terjadi begini dan sekiranya aku tahu bahawa urusanku akan terjadi begini tentu aku tidak membawa binatang Dam untuk di sembelih kerana aku akan menjadikannya Umrah. Oleh itu sesiapa yang tidak mempunyai binatang Dam, hendaklah dia bertahallul dan menjadikannya ibadat Umrah". Setelah itu seluruh manusia berlahallul.

3.

Lalu Suraqah bin Malik bin Ja'tham yang berada di bawah Wadi berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah Haji diwajibkan pada tahun ini sahaja atau untuk selama-lamanya? Nabi Muhammad s.a.w bersabda sambil merapatkan kedua tangannya: "Untuk selama-lamanya, untuk selama-lamanya, untuk selama-lamanya." Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: "Ibadat Umrah telah dimasukkan ke dalam ibadat Haji sehingga Hari Kiamat."

4.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Kami tiba bersama Rasululluh s.a.w pada hari keempat bulan Zulhijah dalam keadaan berihram untuk mengerjakan ibadat Haji lalu kami diperintahkan untuk menjadikannya Umrah. Perintah tersebut begitu susah dan berat untuk kami menerimanya sehingga perkara tersebut sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Wahai manusia! Kamu semua bertahallullah. Sekiranya tidak kerana binatang Dam yang ada bersamaku nescaya aku juga akan lakukan sebagaimana yang kamu lakukan". Mendengar sabda Nabi Muhammad s.a.w., kami terus bertahallul sehingga kami dapat menggauli isteri-isteri kami sebagaimana biasa."

5. Apabila tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), kami keluar dari Mekah dan terus berniat Ihram Haji.

Mekah - Tinggal Di Mekah:

Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M
1. Setelah selesai bersaie di antara Safa dan Marwah, Nabi Muhammad s.a.w. berjalan-jalan bersama orang ramai sehinggalah sampai di Abtah, suatu tempat di timur Mekah. Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di khemah merah dan menetap di sana pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu sehinggalah selesai sembahyang subuh pada hari Khamis.
2. Sepanjang tempoh Rasulullah s.a.w menetap di Abtah bersama para sahabat, Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak bersama mereka secara qasar dan tidak kembali ke Kaabah sepanjang hari-hari tersebut.
3. Sebelum sembahyang, Bilal r.a melaungkan azan kemudian memacakkan tongkat dari arah kiblat seterusnya meletak kulit kambing di atasnya. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang mengimami orang ramai secara menghadap ke arah tersebut. Ketika sedang sembahyang, anjing dan kaldai melintas dari belakang kulit kambing tersebut.
4. Kemudian orang ramai bangun lalu menyapu muka mereka dengan menggunakan tangan Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat berkata: "Aku telah mengambil tangan Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya menyapu ke mukaku. Aku dapati ia lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari kasturi."

Haji Wida' > Mina (Tarwiah)

Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M

1.  Sehari sebelum tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah),  Nabi Muhammad s.a.w.  telah berkhutbah di Mekah selepas masuk waktu Zuhur.

2.  Pada pagi hari Khamis,  Nabi Muhammad s.a.w. beredar ke Mina dengan diiringi oleh umat Islam. Para sahabat yang telah bertahallul selepas mengerjakan Umrah, mula berihram kembali untuk mengerjakan ibadat Haji. Namun begitu bukanlah bererti mereka berihram di dalam Masjidil Haram tetapi sebenarnya mereka berihram di luar Kota Mekah.

3.  Sebaik sahaja tiba di Mina, mereka berhenti untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Mereka bermalam di sana pada malam Jumaat. Setelah sembahyang Subuh, mereka menunggu seketika sehingga terbit matahari kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan lagi perjalanan dari Mina ke Arafah. Ketika unta tunggangan  Nabi Muhammad s.a.w. yang beralaskan kain baldu bangkit bersedia untuk bertolak  Nabi Muhammad s.a.w.  menyebut kata-kata yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah ia Haji yang diterima, tiada padanya perasaan untuk menunjuk-nunjuk dan untuk membangga diri."

4.   Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan jalan yang belum pernah dilalui oleh orang ramai dan kini ia terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Mina Sebahagian dari para sahabat bertalbiah dan sebahagian yang lain bertakbir. Nabi s.a.w mendengar perkara tersebut tetapi baginda tidak mengingkari mereka.

Haji Wida' > Arafah

Arafah - Khutbah Arafah:
Jumaat 9-12-10 H 6-3-632 M

1.  Pada zaman jahiliah, kaum Quraisy berhenti wuquf di Masy'arilharam. Ketika Rasulullah s.a.w bertolak dari Mina menuju ke Namirah, Rasulullah s.a.w mendapati khemah telah siap didirikan sebagaimana yang Rasulullah s.a.w perintahkannya lalu berhenti di situ. Apabila matahari terbenam, Rasulullah s.a.w meminta para sahabat supaya mengambil unta yang bernama Al-Qaswa' lalu meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di lembah wadi tanah Arafah. Rasulullah s.a.w  berdiri di atas tanah tinggi Arafah lalu bersabda yang bermaksud: "Setiap kawasan Arafah adalah tempat wuquf kecuali Wadi Uranah."

2.  Rasulullah s.a.w telah meminta seorang lelaki bersuara nyaring yang bergelar Rabiah bin Umayyah bin Khalaf al-Jamhi supaya mengulang-ulang apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w agar orang ramai dapat mendengarnya. Ketika itu Rabiah berdiri di bawah leher unta Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: (Laungkan kepada orang ramai) dan katakan yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah kamu mengetahui bulan apakah sekarang ini? Begitulah seterusnya sehingga berakhir khutbah Rasulullah s.a.w".

3.  Sebelum sembahyang Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada orang ramai sambil berada di atas tungganganya dengan bersabda selepas mengucap puji-pujian kepada Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Sesungguhnya darah dan harta kamu diharamkan kepada kamu sebagaimana diharamkannya pada hari ini, bulan ini dan tempat ini. Sesungguhnya kamu akan bertemu Tuhan kamu untuk dipersoalkan mengenai amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan.

4.  Sesiapa yang diserahkan kepadanya amanah, hendaklah ditunaikan amanah tersebut. Bukankah semua perkara tersebut amalan jahiliah yang dilakukannya di sini begitu juga dengan korban jahiliah turut dilakukan di sini. Sesungguhnya Dam pertama yang berlaku ialah Dam Rabiah (dalam riwayat lain: Dam Ibnu Rabiah) bin Al-Haris bin Abdul Muttalib, ketika itu beliau sedang disusukan di perkampungan Bani Saad, lalu dibunuh oleh Huzail. Setiap riba adalah ditolak dan bagi kamu modal harta kamu. Oleh itu janganlah kamu zalim menzalimi antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. telah memutus bahawa tidak ada riba. Sesungguhnya riba yang pertama ialah riba yang dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Muttalib, kesemuanya itu ditolak.

5.  Wahai manusia! Sesungguhnya Syaitan telah putus asa untuk beribadat di atas muka bumi ini buat selama-lamanya, tetapi apa yang dia inginkan ialah keburukan-keburukan daripada amalan kamu. Oleh itu awasilah dia dari agamamu.

6.  Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Mengikut riwayat yang lain: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban".

7.  Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. dan berpesanlah kepada perempuan-perempuan dengan kebaikan, sesungguhnya mereka di sisi kamu merupakan penolong, mereka tidak mempunyai sesuatu untuk diri mereka. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t. dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah s.w.t.. (Mengikut riwayat yang lain: Dengan kitab Allah s.w.t.). Mereka mempunyai kewajipan ke atas kamu dan kamu juga mempunyai kewajipan ke atas mereka. Kewajipan mereka ke atas kamu ialah tidak membiarkan seseorang yang kamu benci mengambil tempat kamu, kewajipan kamu juga tidak melakukan perkara-perkara yang keji secara nyata dan sekiranya mereka melakukan perkara tersebut sesungguhnya Allah s.w.t. memberi keizinan kepada kamu untuk meninggalkan mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sekiranya mereka berhenti dari melakukan perkara tersebut, kamu wajib memberikan kepada mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang baik.

8.  Amatilah wahai manusia kata-kataku ini, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu suatu perkara yang tidak akan menyesatkan kamu selepas daripadaku buat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, (mengikut riwayat yang lain: Dua perkara yang jelas) iaitu Kitab Allah s.w.t. dan Sunah NabiNya.

9.  Wahai manusia! Dengarlah kataku ini dan amatilah, kamu ketahui bahawa setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain dan sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang terhadap saudaranya kecuali apa yang diberinya dengan baik. Janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. (Ketahuilah bahawa hati tidak boleh belot di atas tiga perkara: Ikhlas beramal kerana Allah s.w.t, menasihati para pimpinan dan tetap bersama dengan jemaah Islam. Sesungguhnya doa mereka sentiasa mengiringi mereka.).
Baginda s.a.w. menambah: (Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya nescaya Allah s.w.t. akan menjadikan kefakiran di hadapan kedua matanya serta Allah s.w.t melerai-leraikan ke atasnya hasil usahanya dan tidak akan berlaku sesuatu kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. baginya. Sesiapa yang berniat untuk akhirat, Allah s.w.t akan mengurniakan kekayaan di dalam hatinya dan akan memadai apa yang ada pada dirinya malah kekayaan dunia ini adalah merupakan suatu perkara yang hina baginya).

Baginda s.a.w. menambah lagi: "Sesungguhnya Allah s.w.t merahmati sesiapa yang mendengar perutusanku ini dan mengambil berat tentangnya sehinggalah disampaikan kepada orang lain." Berapa ramai pendokong ilmu fekah tetapi tidak dikira sebagai ahli fekah malah begitu ramai ahli fekah yang mengajar kepada orang yang lebih alim daripadanya.

10.  Orang yang paling tinggi dari kalangan kamu ialah orang yang memberi makan kepada mereka sebagaimana kamu makan dan memberikan pakaian kepada mereka sebagaimana kamu pakai. Sekiranya mereka datang kepada kamu dalam keadaan berdosa maka janganlah kamu menghalaunya sebaliknya ampunilah dia dan bersumpah setialah kamu wahai hamba Allah serta janganlah kamu menzalimi mereka.

11.  Aku mewasiatkan kepada kamu tentang jiran tetangga ... sehingga lebih dari itu, lalu kami katakan sesungguhnya dia akan mewarisi pusaka.

12.  Wahai manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menunaikan segala hak-hakNya. Dari itu kamu tidak harus mewasiatkan harta kepada waris, anak adalah dari perkahwinan yang sah dan penzina hendaklah direjam dengan batu. Sesiapa yang mendakwa orang lain sebagai ayahnya atau tunduk kepada bukan tuannya nescaya Allah s.w.t, para malaikat dan seluruh umat manusia akan melaknatnya. Allah s.w.t tidak akan menerima segala urusan dan keadilan daripadanya. Barang pinjaman mestilah dihantar pulang, pemberian pasti akan dibalas, hutang mestilah dibayar dan orang yang menjamin seseorang hendaklah menunaikan jaminannya

13.  Sesungguhnya orang kafir penyembah berhala berkumpul di sini ketika matahari terbenam sehingga matahari naik (berada di puncak bukit) seperti serban seorang lelaki yang dipakai di kepalanya. Ajaran kami berbeza dengan ajaran mereka, mereka bertolak dari Masy'arilharam ketika matahari naik lalu mereka menyebut: Telah bersinar bukit Thubair (sebuah bukit yang terletak di Mekah) supaya kita dapat bergerak. Allah s.w.t telah memulakan perkara ini dan melewatkan perkara yang lain iaitu mendahulukan Muzdalifah sebelum matahari naik dan melewatkan Arafah sehingga matahari terbenam sedangkan kita berkumpul di Muzdalifah sehingga matahari naik. Syariat kami bercanggah dengan ajaran penyembah berhala dan orang-orang kafir.

14.  Kamu akan ditanya mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: "Kami bersaksi bahawa kamu telah menyampaikan, telah menunaikan amanah dan telah menasihatkan kami." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda sambil tangannya di angkat ke langit membalas kata-kata orang ramai yang bermaksud: "Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah"

-

Setelah Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah Arafah, Bilal terus azan untuk sembahyang kemudian iqamat lalu Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur dua rakaat, seterusnya diiqamatkan lalu terus mendirikan sembahyang Asar dua rakaat, tanpa menyelangi di antara keduanya dengan sembahyang lain malah Rasulullah s.a.w membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara perlahan..

- Seterusnya Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga sampai ke tempat wuquf kemudian memberhentikan unta tunggangan  Rasulullah s.a.w yang bernama al-Qaswa' di hadapan bukit al-Masyat secara menghadap ke arah kiblat.

Arafah - Wuquf Di Arafah:

Jumaat 9-12-10 H 6-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w terus berwuquf sehingga matahari tenggelam dan ufuk kuning hilang sedikit serta bentuk matahari tidak lagi kelihatan.
2. Ketika sedang berwuquf itulah Allah s.w.t telah menurunkan kepada  Rasulullah s.a.w firmanNya: Yang bermaksud: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, Aku sempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam sebagai ugama bagi kamu."
3.

Para sahabat meragui tentang puasa Rasulullah s.a.w lalu mereka mengutuskan Ummu al-Fadhli dan Maimunah r.a membawa susu kepada Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berada di tempat wuquf. Rasulullah s.a.w meminum susu tersebut sambil diperhatikan oleh para sahabat yang ada di sekitar Rasulullah s.a.w. Melihat keadaan tersebut maka terbuktilah kepada mereka bahawa orang yang wuquf di Arafah tidak boleh berpuasa

4. Rasulullah s.a.w mendapati ramai para sahabat berada jauh dari kawasan wuquf lalu Rasulullah s.a.w mengutuskan Zaid bin Murabba' al-Ansari supaya berjumpa mereka. Sebaik sahaja sampai, Zaid berkata kepada mereka: "Sesungguhnya aku adalah utusan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w bersabda kepada kamu yang bermaksud: "Kamu hendaklah berada di kawasan Masy'ar kerana kamu mewarisi peninggalan ayah kamu Nabi Ibrahim."
5.

Seorang sahabat yang berasal dari Najd telah bertanya Rasulullah s.a.w ketika sedang wuquf di padang Arafah tentang mengerjakan ibadat Haji. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab yang bermaksud: "Haji adalah wuquf di Arafah, sesiapa yang sempat sampai pada malam Arafah sebelum naik fajar pada malam berkumpul, maka sempurnalah Hajinya."

6.

Ketika seorang lelaki wuquf bersama Rasulullah s.a.w di Arafah, tiba-tiba dia terjatuh dari tunggangannya dan terus mati. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya lelaki tersebut dikafani dengan pakaiannya, tidak disapu dengan wangi-wangian, dimandikan dengan air dan daun bidara serta tidak ditutup kepala dan mukanya kerana Allah s.w.t. akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan sedang bertalbiah.

7. Di antara doa yang banyak dibaca oleh Rasulullah s.a.w pada Hari Arafah ialah: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara".
8. Sabda Rasulullah s.a.w:
Sebaik-baik perkataan yang disebut oleh aku dan para Nabi sebelumku pada petang hari Arafah ialah: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara."
9. Pada Hari Arafah Az-Zubair bin Al-Awwam telah mendengar Rasulullah s.a.w membaca ayat: Yang bermaksud: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
10. Doa Nabi Muhammad s.a.w yang dihafal oleh orang ramai pada hari Arafah ialah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji-pujian sebagaimana yang kupuji dan segala kebaikan yang kukatakan. Wahai Tuhanku, kepadaMu sembahyangku, segala ibadatku, kehidupanku, matiku, kepadaMu tempat kukembali dan bagiMu segala peninggalanku. Wahai Tuhanku, aku memohon pelindung kepadaMu daripada azab kubur, dari penyakit hati yang waswas dan dari urusan yang tidak tersusun. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari keburukan yang datang dengan angin, dari keburukan yang berlaku pada malam dan siang juga dari keburukan bala bencana sehari-harian."
11.

Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendengar kata-kataku dan melihat tempatku, mengetahui setiap yang aku rahsiakan dan yang aku zahirkan, tidak boleh disembunyikan sesuatupun dari pengetahuanMu. Aku hamba yang kerdil lagi fakir, memohon pertolongan dan balasan. Aku hamba yang takut dan meminta belas kasihan serta mengaku terhadap segala kesalahan, aku meminta daripadaMu sebagai permintaan orang yang berhajat dan mengadu kepadaMu sebagai aduan orang yang bersalah dan hina diri. Aku berdoa kepadaMu sebagai doa orang yang amat takut lagi tenat, orang yang menundukkan kepala serta seluruh anggota tubuh badan hanya kepadaMu."

12.

Yang bermaksud: "Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah Yang Memiliki Kerajaan dan Dialah Yang Memiliki Kepujian, di sisiNya segala kebaikan dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap perkara. Wahai Tuhanku, sinarkanlah hatiku, dadaku, pendengaranku dan penglihatanku dengan cahayaMu. Wahai Tuhanku, lapangkanlah jiwaku, permudahkanlah urusanku. Aku berlindung denganMu dari segala waswas hati, dari urusan yang tidak teratur dan dari fitnah kubur. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari segala keburukan yang berlaku pada malam dan siang, dari keburukan yang didatangkan oleh angin dan dari segala bencana."

13. Nabi Muhammad s.a.w telah berkhutbah pada hari Arafah dengan sabdanya yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t bersedia mengampun segala dosa-dosa kamu pada hari ini (Arafah) kecuali kesalahan yang bersangkutan dengan orang lain di kalangan kamu. Allah s.w.t telah membalas keburukan kamu dengan kebaikan, memberi apa sahaja yang dipohon oleh orang yang melakukan kebaikan." Oleh itu pohonlah dengan nama Allah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan doaku ini sia-sia, kasihani dan sayangilah aku wahai Tuhan yang sebaik-baik tempat untuk memohon dan sebaik-baik Pemberi."

Arafah - Bertolak Ke Muzdalifah:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas matahari tenggelam pada hari Arafah berdasarkan lenyapnya ufuk kuning, Usamah bin Zaid mengekori Nabi Muhammad s.a.w dari belakang.
2. Mereka meneruskan perjalanan secara biasa, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Apabila tiba di suatu kawasan lapang yang luas, baginda mempercepatkan perjalanan dan apabila tiba di suatu kawasan bukit, Nabi Muhammad s.a.w menghulurkan tali kekang unta yang bernama al-Adhbaa' sedikit demi sedikit sehingga untanya berjaya mendaki bukit tersebut. Baginda sentiasa menyebut ucapan Talbiah di sepanjang perjalanan.
3. Nabi Muhammad s.a.w berkhutbah kepada orang ramai dengan sabdanya: "Wahai manusia! bertenanglah kerana kebaikan bukan dengan gopoh-gapah."
4. Dalam perjalanan, Nabi Muhammad s.a.w menghala ke kawasan perkampungan (As-Syu'ab) yang terletak di sebelah kiri jalan dan di antara dua tempat yang pernah Nabi Muhammad s.a.w berhenti, lalu Nabi Muhammad s.a.w membuang air kecil kemudian berwuduk. Melihat Nabi Muhammad s.a.w berwuduk, Usamah terus bertanya: "Adakah kita ingin mendirikan sembahyang di sini wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Kita akan mendirikan sembahyang di tempat yang akan kita lalui nanti."

Arafah - Pengenalan Kawasan:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M

Muhassir:
Ia terletak di antara Mina dan Muzdalifah, tetapi bukan terletak di kawasan Mina mahupun Muzdalifah. Tempat inilah Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya ke atas Ashabul Fil dan dinamakan dengan Muhassir ialah kerana gajah mengalami kepenatan semasa berada di tempat tersebut serta tidak dapat meneruskan perjalanan.

Uranah:
Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam.
 

* Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam tetapi tidak termasuk di dalam kedua-dua kawasan tersebut.
* Mina termasuk di dalam tanah haram dan ia juga merupakan Masy'ar.
* Muhassir termasuk di dalam tanah haram tetapi bukan Masy'ar.
* Muzdalifah merupakan tanah haram dan Masy'ar.
* Uranah tidak termasuk di dalam Masy'ar dan bukan dari tanah haram. Ia merupakan tanah halal.
* Arafah adalah tanah halal dan merupakan Masy'ar.

Haji Wida' > Muzdalifah

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M

 

1.  Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w tiba di Muzdalifah, Rasulullah s.a.w berhenti berhampiran dengan api yang berada di Quzah lalu berwuduk sehingga betul-betul sempurna, kemudian Rasulullah s.a.w  memerintahkan tukang azan supaya melaungkan azan seterusnya iqamat lalu baginda mendirikan sembahyang Maghrib sebelum menurunkan barang-barang dan mentelekukan unta. Setelah mereka selesai menurunkan barang-barang, Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya diiqamatkan untuk sembahyang, kemudian Rasulullah s.a.w  mendirikan sembahyang Isyak tanpa azan dan tidak diselangi antara keduanya dengan sembahyang yang lain.

2.  Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w  tidur di Muzdalifah sehingga pagi tanpa menghidupkan malam itu (dengan Qiamullail).

3.  Ketika waktu sahur (pagi), golongan lemah yang terdiri daripada kanak-kanak dan perempuan termasuk Saudah dan Ummu Habibah telah meminta keizinan daripada baginda untuk menuju ke Mina terlebih dahulu sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Ketika itu bulan baru sahaja tenggelam tetapi fajar masih belum lagi menyingsing, lalu baginda mengizinkan mereka.

4. Rasulullah s.a.w  memerintahkan kanak-kanak supaya tidak melontar sebelum naik fajar tetapi Rasulullah s.a.w  mengizinkan kepada perempuan untuk melontar sebelum matahari terbit kerana keadaan mereka yang lebih sukar dan  susah untuk berlindung dari orang ramai. Di antara golongan wanita yang melontar sebelum fajar ialah Asma' binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.

Haji Wida' > Mina (Korban)

Mina (Korban) - Bertolak Ke Mina:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M

1.  Setelah menyingsing fajar Hari Raya Korban iaitu Hari Raya Haji Akbar serta hari yang diserukan dengan penyucian Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w dari segala bentuk kesyirikan, Rasulullah s.a.w terus mendirikan sembahyang subuh kemudian menunggang unta baginda yang bernama al-Qaswa' menuju ke Masy'aril Haram kemudian berhenti di Quzah. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Seluruh kawasan Muzdalifah adalah tempat wuquf kecuali kawasan Wadi Muhassir" SeterusnyaRasulullah s.a.w menghadap ke arah kiblat dan berdoa dengan penuh rasa rendah diri, bertahlil, bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.) serta berzikir (mengingati Allah s.w.t.). Rasulullah s.a.w terus berada (berwuquf) di sana sehingga cahaya fajar hilang dan ketika itu matahari masih belum lagi terbit.

2.  Semasa berada di sana, baginda ditanya oleh seorang lelaki yang bernama Urwah bin Madras bin At-Taie dengan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku tiba dari bukit Tai' dengan memecut unta tungganganku sehingga unta dan diriku terasa letih. Demi Allah, aku tidak meninggalkan suatu bukit pun kecuali setelah aku berhenti (Wuquf) di situ. Adakah ibadat Hajiku dikira sah?." Rasulullah s.a.w menjawab dengan sabdanya: "Sesiapa yang menyaksikan sembahyang kami ini lalu berhenti (Wuquf) bersama-sama kami sehinggalah kami bertolak dan dia juga telah Wuquf di Arafah sebelum itu samada pada waktu malam atau siang, bermakna dia telah menyempurnakan Hajinya serta telah menunaikan ibadatnya (sah Hajinya) "

3.  Setelah kesemua jemaah Haji tiba di Jam'in, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengampun dosa-dosa golongan yang baik dari kalangan kamu, memberi syafaat kepada golongan baik dan juga golongan yang jahat di kalangan kamu kerana rahmat diturunkan secara umum tanpa membezakan antara satu sama lain. Rahmat tersebut diturunkan sehingga melimpahi bumi lalu terkena kepada orang-orang bertaubat yang menjaga lidah dan tangan masing-masing. Dalam masa yang sama iblis serta tentera-tenteranya berada di atas bukit Arafah memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Allah s.w.t terhadap umat manusia. Sebaik sahaja rahmat diturunkan, iblis dan tentera-tenteranya akan mendoakan kepada umat manusia dengan kecelakaan dan kebinasaan. Iblis berkata: "Sesungguhnya aku telah menipu mereka sekian lama supaya takut kepada keampunan Allah (s.w.t.). Lalu iblis beredar dari bukit Arafah dan terus berkeliaran sambil mendoakan mereka dengan kecelakaan serta kebinasaan.

4.  Kemudian Rasulullah s.a.w  meneruskan lagi perjalanan di Muzdalifah sambil bertalbiah. Rasulullah s.a.w  diiringi oleh Al-Fadli bin Abbas. Sementara itu Usamah bin Zaid bertolak mengekori Rasulullah s.a.w  secara berjalan kaki bersama rombongan Quraisy. Setelah berjalan beberapa ketika Rasulullah s.a.w  memerintahkan Al-Fadli bin Abbas supaya memungut batu-batu kecil kepada Rasulullah s.a.w  sebanyak tujuh biji untuk setiap Jamrah (bukan dipecahkan dari bukit dan tidak dipungut pada malam hari sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah Haji pada hari ini). Rasulullah s.a.w  mengambil tujuh biji batu kecil lalu menggongcang di tapak tangan sambil berkata: "Lontarlah dengan menggunakan biji-biji batu seumpama ini. Berhati-hatilah, jangan kamu melampaui batas-batas ugama kerana orang-orang yang terdahulu daripada kamu telah binasa disebabkan tindakan tersebut".

5.  Semasa dalam perjalanan,  Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang perempuan cantik daripada kaum Khas'am. Perempuan itu bertanyakan mengenai Haji untuk ayahnya yang telah uzur dan tidak mampu untuk menaiki tunggangan. Lalu  Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya beliau menunaikan Haji untuk ayahnya. Ketika itu Al-Fadli dan perempuan tersebut saling berpandangan. Al-Fadhli juga merupakan seorang yang berambut cantik, putih dan tampan. Lalu  Rasulullah s.a.w melambai-lambai Al-Fadli supaya beliau berpaling ke arah lain, agar tidak memandang kepada perempuan tadi dan perempuan tersebut juga tidak memandangnya. Al-Abbas berkata: "Aku telah palingkan pandangan anak saudaramu".  Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku telah memerhati seorang pemuda dan pemudi. Mereka berdua tidak aman daripada syaitan"

6.  Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai emaknya dengan berkata: Dia (emaknya) begitu tua dan amat lemah. Sekiranya diusung dia tidak mampu untuk berpegang dan sekiranya diikat aku takut dia akan mati. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apa pandangan kamu sekiranya emak kamu telah berhutang. Adakah kamu akan membayarnya?" Jawab lelaki tersebut: "Ya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka tunaikanlah Haji untuk emak kamu"

7.  Apabila sampai di Wadi Muhassir, Rasulullah s.a.w memecut untanya untuk mempercepatkan perjalanan. Begitulah kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila tiba di tempat-tempat yang telah diturunkan bala oleh Allah Taala kepada musuh-musuhnya.

8.  Rasulullah s.a.w telah mengikuti jalan pertengahan di antara dua jalan keluar iaitu melalui Jamrah Kubra, sehingga sampai ke Mina.


Mina (Korban) - Jamrah Aqabah:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Jabir bin Abdullah berkata: "Aku telah melihat Rasulullah s.a.w berada di atas tunggangan pada Hari Raya Korban. Rasulullah s.a.w  bersabda kepada kami: "Lakukanlah sebagaimana yang aku telah lakukan apabila kamu ingin mengerjakan ibadat Haji. Sesungguhnya aku tidak pasti adakah aku akan dapat mengerjakan ibadat Haji lagi selepas ibadat Hajiku ini"..
2. Rasulullah s.a.w  sentiasa bertalbiah sehinggalah sampai di Jamrah Aqabah, barulah Rasulullah s.a.w  berhenti dari bertalbiah. Rasulullah s.a.w  berhenti di lembah tersebut dan menjadikan Baitullah berada di sebelah kiri manakala Mina di sebelah kanan serta menghadap ke arah Jamrah. Ketika itu Rasulullah s.a.w  berada di atas tunggangan. Rasulullah s.a.w  melontar dalam keadaan berada di atas tunggangan selepas naik matahari satu demi satu serta bertakbir bersama setiap lontaran.. Bilal, Usamah bin Zaid dan al-Fadli bin Abbas ada bersama baginda. Usamah memegang tali unta sementara Bilal dan Al-Fadli bin Abbas memayungi baginda dari panas dengan menggunakan kain
3.

Ketika itu orang ramai penuh sesak, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai umatku sekalian! Janganlah kamu membunuh antara satu sama lain. Apabila kamu melontar di Jamrah, lontarlah sebagaimana batu ini." Kemudian Rasulullah s.a.w melontar seterusnya diikuti oleh orang ramai.

4. Qudamah bin Abdullah Al-Ala'i menggambarkan perarakan Rasulullah s.a.w dengan katanya: "Rasulullah s.a.w telah melontar Jamrah Aqabah di tengah perlembahan itu pada Hari Raya Korban ketika berada di atas unta tanpa bersesak-sesak dengan orang ramai."

Mina (Korban) - Kembali Ke Mina:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w tidak berhenti di Jamrah Aqabah sebaliknya Rasulullah s.a.w  kembali ke Mina dan memberi khutbah kepada orang ramai serta membahagikan tempat-tempat untuk mereka dengan bersabda: Orang-orang Muhajirin hendaklah berada di kawasan ini (sambil menunjuk bahagian kanan kiblat) dan orang-orang Ansar di kawasan ini (sambil menunjuk bahagian kiri kiblat). Rasulullah s.a.w  bersabda lagi: "Orang ramai yang lain hendaklah berada di sekeliling mereka, agar mereka (Muhajirin dan Ansar) dapat mengajar orang ramai mengenai ibadat Haji." Seluruh ahli Mina memerhatikan sabda Rasulullah s.a.w sehingga dapat mendengarnya dari tempat kediaman masing-masing
2. Di antara khutbah Rasulullah s.a.w "Wahai manusia: Hari apakah hari ini?" Mereka menjawab: "Hari haram." Rasulullah s.a.w bersabda: "Negeri apakah ini?" Mereka menjawab: "Negeri (tanah) haram". Rasulullah s.a.w bersabda: "Bulan apakah sekarang ini?" Mereka menjawab: "Bulan haram." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya darah, harta dan barangan kamu diharamkan kepada kamu sebagaimana ia diharamkan pada hari ini, negeri ini dan pada bulan kamu ini." Rasulullah s.a.w mengulanginya beberapa kali kemudian mendongak (ke langit) seraya berkata: "Wahai Tuhanku! Bukankah aku telah sampaikan? Bukankah aku telah sampaikan?" Orang ramai menyahut dengan menjawab: "Bahkan," (kamu telah menyampaikan). Rasulullah s.a.w bersabda: "Celakalah! (Ingatlah) Janganlah kamu kembali kufur selepas kematianku dengan menzalimi antara satu sama lain."

Mina (Korban) - Berkorban Di Mina:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Kemudian Rasulullah s.a.w bertolak untuk berkorban di Mina dan memberitahu kepada para sahabat bahawa seluruh kawasan Mina merupakan tempat untuk berkorban. Lorong-lorong di Mekah juga merupakan jalan dan tempat berkorban. Rasulullah s.a.w sendiri telah menyembelih enam puluh tiga ekor badanah (unta atau lembu) dengan menggunakan pisau yang biasa baginda gunakan. Unta disembelih dalam keadaan berdiri secara kaki kirinya diikat. Bilangan unta yang disembelih oleh Rasulullah s.a.w sama jumlahnya dengan umur Rasulullah s.a.w.
2.

Kemudian Rasulullah s.a.w. berhenti dari menyembelih dan memerintahkan Ali bin Abu Talib r.a menyembelih binatang yang masih berbaki sebanyak tiga puluh tujuh ekor. Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya disedekahkan pakaian unta, kulit dan dagingnya kepada golongan miskin. Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan supaya daging korban tidak diberi kepada penyembelih. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kami akan berikan kepada penyembelih dari bahagian kami." Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Sesiapa yang ingin potong, potonglah".

3. Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya setiap binatang korban dibahagikan dan sebahagian daripadanya dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak, dimakan dagingnya serta dihirup kuahnya. Wallahu A'lam.
4. Rasulullah s.a.w. telah mengorbankan lembu untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w..
5. Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh para sahabat untuk membina sebuah peneduh di Mina yang boleh memayungi Rasulullah s.a.w. dari panas. menjawab: "Jangan. Mina adalah tempat untuk pengunjungnya merasai panas dan sejuk."

Mina (Korban) - Bercukur:

Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas berkorban, Rasulullah s.a.w memanggil tukang cukur yang bernama Muammar lalu beliau mencukur rambut Rasulullah s.a.w. Ketika itu umat Islam datang meminta rambut Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w memandang muka beliau lalu bersabda: "Wahai Muammar! Kamu boleh melakukan apa sahaja kepada Rasulullah ketika pisau cukur ada di tanganmu." Muammar menjawab: "Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya yang demikian itu adalah nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. kepadaku." Rasulullah s.a.w berkata kepada tukang cukur: "Cukurlah." Sambil menunjuk pada bahagian kanan. Setelah selesai, Rasulullah s.a.w membahagikan rambut kepada sahabat yang berada di belakangnya. Kemudian Rasulullah s.a.w menunjuk kepada tukang cukur, lalu dicukur pula pada bahagian kiri kepala Rasulullah s.a.w. Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Datang ke sini wahai Abu Talhah!." Lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan rambutnya kepada Abu Talhah Al-Ansari untuk dibahagikan kepada orang ramai.
2. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur rambut, memotong misai dan jambang serta mengerat kuku, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar rambut dan kuku tersebut ditanam.
3. KetikaRasulullah s.a.w sedang bercukur, Khalid bin Al-Walid meminta jambul yang berada di atas dahi baginda lalu diberikan kepadanya. Khalid meletakkan rambut tersebut di bahagian hadapan serban beliau sebagai perhiasan sehingga beliau berjaya mengalahkan musuh dengan keberkatan jambul tersebut.
4. Kebanyakan sahabat mencukur rambut dan sesetengah mereka pula hanya menggunting sahaja. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Ampunilah mereka yang bercukur." Selepas diulang tiga kali, Rasulullah s.a.w ditanya: "Bagaimana dengan orang yang berguting wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w terus bersabda: "Juga kepada orang yang bergunting". Iaitu pada kali keempat.
5. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur, Rasulullah s.a.w memakai wangi-wangian serta memakai baju. Seterusnya orang ramai pun bertahallul.
6.

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Aku telah bercukur sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sembelihlah, jangan ragu-ragu". Kemudian seorang lelaki lain datang menemui Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan Tawaf Ifadhah sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bercukurlah, jangan ragu-ragu". Kesemua soalan yang di kemukakan kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu, Rasulullah s.a.w hanya menjawab: "Lakukanlah dan jangan ragu-ragu".

7. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutuskan Abdullah bin Huzafah As-Sahmi, dalam riwayat lain Kaab bin Malik untuk memberitahu kepada orang ramai di Mina bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya hari ini adalah hari untuk makan, minum, berkahwin dan mengingati Allah s.w.t".

Haji Wida' > Masjidilharam

Masjidilharam: Tawaf Ifadhah
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M

1.  Seterusnya Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan menunggang unta serta diiringi oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang mengikuti Rasulullah s.a.w dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf Ifadhah iaitu Tawaf ziarah yang dikenali juga dengan Tawaf permulaan.

2.  Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf di Baitullah ketika Haji Wida' secara menunggang unta dan beristilam iaitu melambai Rukun (Hajarulaswad) dengan menggunakan tongkat baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai. Mereka bersesak-sesak mengerumuni baginda untuk bertanyakan urusan agama.

3.   Rasulullah s.a.w bersembahyang Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina dan mendapati orang ramai sedang menunggu Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w mengimami para sahabat menunaikan sembahyang di Mina pada akhir waktu Zuhur.

4.  Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada malam Ahad kerana menunggu hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).

5.   Setelah selesai melakukan Tawaf,  Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam. Ketika itu orang ramai sedang minum. Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai anak Abdul Muttalib! Jika bukan kerana orang ramai berebut-rebut (untuk menjaga timba), nescaya aku akan turun dan minum bersama-sama kamu".

6.  Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke tempat air lalu meminta air. Al-Abbas berkata: "Wahai Fadli! Pergilah menemui emak kamu agar dia bawakan air yang ada padanya untuk Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Bawakan air kepadaku." Emak Fadli berkata: "Wahai Rasulullah! Mereka telah mencelup tangan mereka ke dalam air tersebut." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bawakan air kepadaku (yang diminum oleh orang ramai)." Rasulullah s.a.w terus meminum air tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam lalu minum dalam keadaan berdiri.

- Saidatina Aisyah r.a melakukan sekali Tawaf dan sekali Saie sahaja pada hari itu. Memadailah untuk ibadat Haji dan Umrah beliau.
- Safiah r.a juga melakukan Tawaf pada hari itu, kemudian beliau didatangi haid. Rasulullah s.a.w bersabda: "Memadailah baginya Tawaf tersebut sebagai Tawaf Wida' dan tidak perlu lagi melakukan Tawaf Wida'."

Haji Wida' > Mina

Mina - Melontar Jamrah:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M

1.  Rasulullah s.a.w awal-awal lagi berada di Mina menunggu matahari gelincir. Apabila matahari telah gelincir, Rasulullah s.a.w  berjalan kaki membawa tunggangan Rasulullah s.a.w  ke setiap Jamrah tanpa menaikinya.

2.  Rasulullah s.a.w memulakan lontaran di Jamrah al-Ula yang terletak selepas Masjid Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi satu. Rasulullah s.a.w  mengucapkan "Allah hu akbar" bersama setiap lontaran. Kemudian Rasulullah s.a.w  mara ke hadapan sehingga tiba di lembah yang lebih rendah, Rasulullah s.a.w  berdiri dengan menghadap ke arah kiblat. Seterusnya Rasulullah s.a.w  mengangkat tangan lalu berdoa dengan doa yang panjang. Panjangnya umpama kadar bacaan surah al-Baqarah.

3.  Kemudian Rasulullah s.a.w  menuju ke Jamrah al-Wusta dan melontar sebagaimana sebelumnya. Setelah selesai Rasulullah s.a.w  membelok ke sebelah kiri iaitu ke kawasan selepas al-Wada' lalu berhenti dengan menghadap ke arah Kiblat dan berdoa hampir sama panjang dengan doa

4.  Seterusnya Rasulullah s.a.w menuju ke Jamrah Aqabah lalu turun ke lembah dengan menghadap ke arah Jamrah dimana Baitullah berada di sebelah kiri Rasulullah s.a.w  dan Mina di sebelah kanan Rasulullah s.a.w . Rasulullah s.a.w  melontar sebanyak tujuh lontaran sebagaimana tadi.

5.   Kebiasaannya Rasulullah s.a.w  melontar sebelum sembahyang Zuhur, selepas daripada gelincir matahari, kemudian barulah Rasulullah s.a.w  pulang menunaikan sembahyang (Zuhur).

Keterangan:

1. Rasulullah s.a.w  telah melontar pada setiap Jamrah: Sughra, Wusta dan Aqabah.
2. Diriwayatkan bahawa surah an-Nasr telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada hari tersebut dan Rasulullah s.a.w  tahu bahawa ia merupakan Wida' (selamat tinggal). Lalu Rasulullah s.a.w  meminta sahabat supaya mengambil unta tunggangannya yang bernama al-Qaswa'. Setelah unta diambil, baginda terus beredar sehinggalah sampai di Jamrah Aqabah lalu orang ramai berkumpul mengelilingi Rasulullah s.a.w . Rasulullah s.a.w  memuji Allah s.w.t dan mensyukuri apa yang telah dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w  kemudian bersabda: "Wahai manusia! Bukankah Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Bukankah ayah kamu adalah satu. Bukankah tiada perbezaan di antara bangsa Arab dengan orang Ajam (asing) dan tiada perbezaan di antara orang Ajam (asing) dengan orang Arab, juga tiada perbezaan di antara yang berkulit hitam dari yang berkulit merah dan yang berkulit merah dengan yang berkulit hitam melainkan dengan taqwa." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertaqwa. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu?. Mereka semua menjawab: "Bahkan Rasulullah s.a.w telah menyampaikan." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Hendaklah orang yang hadir memberitahu kepada orang yang tidak hadir dan berapa ramai orang yang menyampaikan lebih mengambil berat daripada pendengar."
3. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Manusia!" Lalu Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran:  Yang bermaksud: (Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (bulan Haram iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah) itu adalah menambahkan kekufuran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan perbuatan mengundur-undurkan itu. Mereka menghalalkannya setahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah s.w.t. haramkannya lalu mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.).
Bukankah masa telah beredar seperti keadaan hari Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi. Seterusnya baginda membaca firman Allah s.w.t.: Yang bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Haram. Itulah ketetapan ugama yang lurus. Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam empat bulan tersebut.
Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijah, Muharam serta Rejab yang dikenali dengan bulan mudharat iaitu bulan yang di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. Bagi setiap bulan ada dua puluh sembilan atau tiga puluh hari. Tidakkah aku telah sampaikan? Orang ramai menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."
4.

Amru bin Yathribi bertanya: "Wahai Rasulullah! Apa pandangan kamu sekiranya aku berjumpa kambing-kambing sepupuku lalu aku ambil salah seekor darinya lalu memanfaatkannya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sekiranya kamu berjumpa binatang tersebut bersama dengan pisau menyembelih dan kayu untuk memasak di suatu kawasan padang pasir (kawasan yang sunyi), janganlah kamu mengusiknya."

5. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mempunyai hak kewajipan terhadap perempuan-perempuan kamu dan mereka pula berkewajipan untuk menjaga diri masing-masing daripada disetubuhi oleh orang lain dan tidak membenarkan seseorang yang kamu benci memasuki rumah kamu melainkan dengan izin kamu. Sekiranya mereka (isteri) melakukan perkara tersebut, Allah s.w.t memberi keizinan kepada kamu untuk memisahkan mereka dari tempat tidur dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak melukakan. Sekiranya mereka berhenti daripada melakukan perkara tersebut serta taat kepada kamu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian dengan cara baik. Sesungguhnya perempuan-perempuan yang ada di sisi kamu merupakan golongan yang lemah, tidak memiliki sesuatupun untuk diri mereka. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t. dan menghalalkan hubungan (suami isteri) dengan kalimah Allah s.w.t.. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. terhadap perempuan-perempuan dan berpesanlah kepada mereka dengan kebaikan. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya."  Rasulullah s.a.w  bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku"

 

6. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menggoda kamu di tempat kamu ini tetapi dia telah redha kerana kamu mengikutnya dengan melakukan dosa yang keji. "Sesungguhnya setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain. Setiap orang Islam adalah bersaudara dan tidak dihalalkan (diharam) kepada mereka menumpahkan darah serta mengambil harta saudaranya kecuali dengan keizinan. Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.. Apabila mereka mengucapkannya, darah dan harta mereka akan terselamat daripadaku kecuali dengan hak. Balasannya hanya terpulang kepada Allah.

Oleh yang demikian janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. Jangan kamu kembali kepada kekufuran selepas kematianku dengan menzalimi antara satu sama lain. Sesungguhnya aku telah tinggalkan sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selama-lamanya jika kamu berpandukannya iaitu: Kitab Allah s.w.t. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya." Baginda s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."

1. Baginda s.a.w tidak segera menyempurnakan lontaran dalam masa dua hari sebaliknya Baginda s.a.w melewatkannya sehingga berjaya menyempurnakan lontaran pada ketiga-tiga hari Tasyrik. Selepas sembahyang Zuhur pada hari Selasa, Baginda s.a.w bertolak ke Muhassab iaitu Abtah yang dikenali juga dengan Khaif Bani Kinanah.
2. Baginda s.a.w telah mendapati Abu Rafi' telah membina sebuah khemah di sana (dengan taufik daripada Allah s.w.t.) tanpa diperintah oleh Rasulullah s.a.w untuk membinanya. Rasulullah s.a.w sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak seterusnya Baginda s.a.w tidur seketika.
3. Kemudian Rasulullah s.a.w menuju ke Mekah.
4.

Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahai Rasulullah! Orang ramai akan pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah sedangkan aku akan pulang hanya dengan mengerjakan Haji." Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah Tawaf pada malam kita sampai di Mekah?" Beliau menjawab:"Tidak." Baginda s.a.w. memanggil Abdul Rahman bin Abu Bakar lalu bersabda: "Keluarlah dengan kakak kamu dari Tanah Haram (ke Tan'im)." Baginda s.a.w. juga bersabda kepada Saidatina Aisyah r.a: "Pergilah bersama saudara kamu ke Tan'im dan niatlah Umrah, kemudian ingatlah tempat untuk bertemu. Selepas itu kamu berdua datanglah ke Muhassab. Saidatina Aisyah r.a berkata lagi: "Lalu dengan izin Allah s.a.w. aku dapat menunaikan Umrah. Kami selesai mengerjakan Tawaf pada pertengahan malam lalu terus menemui Baginda s.a.w. di Muhassab. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah selesai?" Kami menjawab: "Ya." Lalu Baginda s.a.w. mengizinkan orang ramai bertolak


Mina - Hari-hari Tasyrik:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Hari-hari Tasyrik ialah: Hari 11, 12 dan 13 Zulhijah. Jemaah Haji hendaklah bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik untuk melontar setiap Jamrah. Hari kesebelas bulan Zulhijah dinamakan hari Ru'us (kepala). Sebab digelar dengan nama tersebut ialah kerana mereka menyembelih pada Hari Raya Korban kemudian memasak kepala-kepala binatang sembelihan mereka pada malamnya dan makan pada waktu pagi.
2. Allah s.w.t menyebut hari-hari Tasyrik di dalam firmanNya: Yang bermaksud: Sesiapa yang tergesa-gesa (meninggalkan Mina) dalam masa dua hari, dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lewat (meninggalkan Mina), dia tidaklah berdosa dan tidak berdosa itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Setiap orang Islam hendaklah bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik atau sesiapa yang ingin mempercepatkannya dalam masa dua hari, tidak menjadi kesalahan kepadanya.
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik tanpa mempercepatkannya (meninggalkan Mina). Baginda s.a.w. melontar setiap Jamrah tiga hari berturut-turut.
4.

Abbas, bapa saudara Baginda s.a.w. meminta izin untuk bermalam di Mekah pada malam-malam yang perlu bermalam di Mina kerana telah ditugaskan memberi minum kepada jemaah Haji, lalu Baginda s.a.w. mengizinkannya. Pengembala unta di Baitutah, kawasan luar Mina juga meminta izin daripada Baginda s.a.w.. Mereka diberi keringanan untuk melontar pada hari Raya Korban lalu mereka gabungkan lontaran yang perlu dibuat dalam masa dua hari selepas Hari Raya Korban kepada salah satu daripada hari tersebut sahaja.


Mina - Peristiwa Lain:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1.

Saad bin Abi Waqqas telah ditimpa sakit lalu Nabi Muhammad s.a.w datang menziarahinya. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Aku berada dalam kesakitan sebagaimana yang engkau lihat. Aku mempunyai harta tetapi tiada siapa yang akan mewarisi hartaku kecuali seorang anak perempuan. Adakah aku boleh menyedekahkan dua pertiga dari hartaku?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku bertanya: :"Bagaimana kalau separuh darinya?"  Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku berkata lagi: "Bagaimana kalau satu pertiga darinya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Satu pertiga, sedangkan satu pertiga adalah jumlah yang besar. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa, mengemis kepada orang lain. Sesungguhnya jika kamu berbelanja hanya untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t, tentu kamu akan dibalas oleh Allah s.w.t walaupun apa yang disuap (dimakan) oleh isteri kamu." Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah aku akan hidup selepas daripada sahabat-sahabatku?" Baginda s.a.w. menjawab: "Kamu tidak akan kekal (hidup), oleh itu kamu hendaklah melakukan amalan kebaikan kerana ia akan menambah kebajikan dan ketinggian kamu. Kemungkinan kamu akan kekal hidup selepas daripada mereka sehingga beberapa kaum mendapat manfaat dan mudharat daripada kamu. Wahai Tuhanku! Terimalah hijrah sahabat-sahabatku dan janganlah Engkau ketepikan mereka."

2.

Rasulullah s.a.w telah meninggalkan seorang lelaki bersama Saad bin Abi Waqqas lalu bersabda: "Sekiranya dia mati di Mekah, janganlah kamu kebumikannya di situ kerana beliau tidak suka mati di tempat yang pernah beliau berhijrah darinya."

Haji Wida' > Masjidilharam

Mina - Melontar Jamrah:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M

1.  Rasulullah s.a.w awal-awal lagi berada di Mina menunggu matahari gelincir. Apabila matahari telah gelincir, Rasulullah s.a.w  berjalan kaki membawa tunggangan Rasulullah s.a.w  ke setiap Jamrah tanpa menaikinya.

2.  Rasulullah s.a.w memulakan lontaran di Jamrah al-Ula yang terletak selepas Masjid Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi satu. Rasulullah s.a.w  mengucapkan "Allah hu akbar" bersama setiap lontaran. Kemudian Rasulullah s.a.w  mara ke hadapan sehingga tiba di lembah yang lebih rendah, Rasulullah s.a.w  berdiri dengan menghadap ke arah kiblat. Seterusnya Rasulullah s.a.w  mengangkat tangan lalu berdoa dengan doa yang panjang. Panjangnya umpama kadar bacaan surah al-Baqarah.

3.  Kemudian Rasulullah s.a.w  menuju ke Jamrah al-Wusta dan melontar sebagaimana sebelumnya. Setelah selesai Rasulullah s.a.w  membelok ke sebelah kiri iaitu ke kawasan selepas al-Wada' lalu berhenti dengan menghadap ke arah Kiblat dan berdoa hampir sama panjang dengan doa

4.  Seterusnya Rasulullah s.a.w menuju ke Jamrah Aqabah lalu turun ke lembah dengan menghadap ke arah Jamrah dimana Baitullah berada di sebelah kiri Rasulullah s.a.w  dan Mina di sebelah kanan Rasulullah s.a.w . Rasulullah s.a.w  melontar sebanyak tujuh lontaran sebagaimana tadi.

5.   Kebiasaannya Rasulullah s.a.w  melontar sebelum sembahyang Zuhur, selepas daripada gelincir matahari, kemudian barulah Rasulullah s.a.w  pulang menunaikan sembahyang (Zuhur).

Keterangan:

1. Rasulullah s.a.w  telah melontar pada setiap Jamrah: Sughra, Wusta dan Aqabah.
2. Diriwayatkan bahawa surah an-Nasr telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w pada hari tersebut dan Rasulullah s.a.w  tahu bahawa ia merupakan Wida' (selamat tinggal). Lalu Rasulullah s.a.w  meminta sahabat supaya mengambil unta tunggangannya yang bernama al-Qaswa'. Setelah unta diambil, baginda terus beredar sehinggalah sampai di Jamrah Aqabah lalu orang ramai berkumpul mengelilingi Rasulullah s.a.w . Rasulullah s.a.w  memuji Allah s.w.t dan mensyukuri apa yang telah dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w  kemudian bersabda: "Wahai manusia! Bukankah Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Bukankah ayah kamu adalah satu. Bukankah tiada perbezaan di antara bangsa Arab dengan orang Ajam (asing) dan tiada perbezaan di antara orang Ajam (asing) dengan orang Arab, juga tiada perbezaan di antara yang berkulit hitam dari yang berkulit merah dan yang berkulit merah dengan yang berkulit hitam melainkan dengan taqwa." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertaqwa. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu?. Mereka semua menjawab: "Bahkan Rasulullah s.a.w telah menyampaikan." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Hendaklah orang yang hadir memberitahu kepada orang yang tidak hadir dan berapa ramai orang yang menyampaikan lebih mengambil berat daripada pendengar."
3. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Manusia!" Lalu Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran:  Yang bermaksud: (Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (bulan Haram iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah) itu adalah menambahkan kekufuran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan perbuatan mengundur-undurkan itu. Mereka menghalalkannya setahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah s.w.t. haramkannya lalu mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.).
Bukankah masa telah beredar seperti keadaan hari Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi. Seterusnya baginda membaca firman Allah s.w.t.: Yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Haram. Itulah ketetapan ugama yang lurus. Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam empat bulan tersebut.
Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijah, Muharam serta Rejab yang dikenali dengan bulan mudharat iaitu bulan yang di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. Bagi setiap bulan ada dua puluh sembilan atau tiga puluh hari. Tidakkah aku telah sampaikan? Orang ramai menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."
4.

Amru bin Yathribi bertanya: "Wahai Rasulullah! Apa pandangan kamu sekiranya aku berjumpa kambing-kambing sepupuku lalu aku ambil salah seekor darinya lalu memanfaatkannya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sekiranya kamu berjumpa binatang tersebut bersama dengan pisau menyembelih dan kayu untuk memasak di suatu kawasan padang pasir (kawasan yang sunyi), janganlah kamu mengusiknya."

5. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mempunyai hak kewajipan terhadap perempuan-perempuan kamu dan mereka pula berkewajipan untuk menjaga diri masing-masing daripada disetubuhi oleh orang lain dan tidak membenarkan seseorang yang kamu benci memasuki rumah kamu melainkan dengan izin kamu. Sekiranya mereka (isteri) melakukan perkara tersebut, Allah s.w.t memberi keizinan kepada kamu untuk memisahkan mereka dari tempat tidur dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak melukakan. Sekiranya mereka berhenti daripada melakukan perkara tersebut serta taat kepada kamu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian dengan cara baik. Sesungguhnya perempuan-perempuan yang ada di sisi kamu merupakan golongan yang lemah, tidak memiliki sesuatupun untuk diri mereka. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t. dan menghalalkan hubungan (suami isteri) dengan kalimah Allah s.w.t.. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. terhadap perempuan-perempuan dan berpesanlah kepada mereka dengan kebaikan. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya."  Rasulullah s.a.w  bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku"

 

6. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menggoda kamu di tempat kamu ini tetapi dia telah redha kerana kamu mengikutnya dengan melakukan dosa yang keji. "Sesungguhnya setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain. Setiap orang Islam adalah bersaudara dan tidak dihalalkan (diharam) kepada mereka menumpahkan darah serta mengambil harta saudaranya kecuali dengan keizinan. Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.. Apabila mereka mengucapkannya, darah dan harta mereka akan terselamat daripadaku kecuali dengan hak. Balasannya hanya terpulang kepada Allah.

Oleh yang demikian janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. Jangan kamu kembali kepada kekufuran selepas kematianku dengan menzalimi antara satu sama lain. Sesungguhnya aku telah tinggalkan sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selama-lamanya jika kamu berpandukannya iaitu: Kitab Allah s.w.t. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya." Baginda s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."

1. Baginda s.a.w tidak segera menyempurnakan lontaran dalam masa dua hari sebaliknya Baginda s.a.w melewatkannya sehingga berjaya menyempurnakan lontaran pada ketiga-tiga hari Tasyrik. Selepas sembahyang Zuhur pada hari Selasa, Baginda s.a.w bertolak ke Muhassab iaitu Abtah yang dikenali juga dengan Khaif Bani Kinanah.
2. Baginda s.a.w telah mendapati Abu Rafi' telah membina sebuah khemah di sana (dengan taufik daripada Allah s.w.t.) tanpa diperintah oleh Rasulullah s.a.w untuk membinanya. Rasulullah s.a.w sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak seterusnya Baginda s.a.w tidur seketika.
3. Kemudian Rasulullah s.a.w menuju ke Mekah.
4.

Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahai Rasulullah! Orang ramai akan pulang dari mengerjakan Haji dan Umrah sedangkan aku akan pulang hanya dengan mengerjakan Haji." Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah Tawaf pada malam kita sampai di Mekah?" Beliau menjawab:"Tidak." Baginda s.a.w. memanggil Abdul Rahman bin Abu Bakar lalu bersabda: "Keluarlah dengan kakak kamu dari Tanah Haram (ke Tan'im)." Baginda s.a.w. juga bersabda kepada Saidatina Aisyah r.a: "Pergilah bersama saudara kamu ke Tan'im dan niatlah Umrah, kemudian ingatlah tempat untuk bertemu. Selepas itu kamu berdua datanglah ke Muhassab. Saidatina Aisyah r.a berkata lagi: "Lalu dengan izin Allah s.a.w. aku dapat menunaikan Umrah. Kami selesai mengerjakan Tawaf pada pertengahan malam lalu terus menemui Baginda s.a.w. di Muhassab. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah selesai?" Kami menjawab: "Ya." Lalu Baginda s.a.w. mengizinkan orang ramai bertolak


Mina - Hari-hari Tasyrik:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Hari-hari Tasyrik ialah: Hari 11, 12 dan 13 Zulhijah. Jemaah Haji hendaklah bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik untuk melontar setiap Jamrah. Hari kesebelas bulan Zulhijah dinamakan hari Ru'us (kepala). Sebab digelar dengan nama tersebut ialah kerana mereka menyembelih pada Hari Raya Korban kemudian memasak kepala-kepala binatang sembelihan mereka pada malamnya dan makan pada waktu pagi.
2. Allah s.w.t menyebut hari-hari Tasyrik di dalam firmanNya: Yang bermaksud: Sesiapa yang tergesa-gesa (meninggalkan Mina) dalam masa dua hari, dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lewat (meninggalkan Mina), dia tidaklah berdosa dan tidak berdosa itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Setiap orang Islam hendaklah bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik atau sesiapa yang ingin mempercepatkannya dalam masa dua hari, tidak menjadi kesalahan kepadanya.
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik tanpa mempercepatkannya (meninggalkan Mina). Baginda s.a.w. melontar setiap Jamrah tiga hari berturut-turut.
4.

Abbas, bapa saudara Baginda s.a.w. meminta izin untuk bermalam di Mekah pada malam-malam yang perlu bermalam di Mina kerana telah ditugaskan memberi minum kepada jemaah Haji, lalu Baginda s.a.w. mengizinkannya. Pengembala unta di Baitutah, kawasan luar Mina juga meminta izin daripada Baginda s.a.w.. Mereka diberi keringanan untuk melontar pada hari Raya Korban lalu mereka gabungkan lontaran yang perlu dibuat dalam masa dua hari selepas Hari Raya Korban kepada salah satu daripada hari tersebut sahaja.


Mina - Peristiwa Lain:

Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1.

Saad bin Abi Waqqas telah ditimpa sakit lalu Nabi Muhammad s.a.w datang menziarahinya. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Aku berada dalam kesakitan sebagaimana yang engkau lihat. Aku mempunyai harta tetapi tiada siapa yang akan mewarisi hartaku kecuali seorang anak perempuan. Adakah aku boleh menyedekahkan dua pertiga dari hartaku?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku bertanya: :"Bagaimana kalau separuh darinya?"  Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku berkata lagi: "Bagaimana kalau satu pertiga darinya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Satu pertiga, sedangkan satu pertiga adalah jumlah yang besar. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa, mengemis kepada orang lain. Sesungguhnya jika kamu berbelanja hanya untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t, tentu kamu akan dibalas oleh Allah s.w.t walaupun apa yang disuap (dimakan) oleh isteri kamu." Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah aku akan hidup selepas daripada sahabat-sahabatku?" Baginda s.a.w. menjawab: "Kamu tidak akan kekal (hidup), oleh itu kamu hendaklah melakukan amalan kebaikan kerana ia akan menambah kebajikan dan ketinggian kamu. Kemungkinan kamu akan kekal hidup selepas daripada mereka sehingga beberapa kaum mendapat manfaat dan mudharat daripada kamu. Wahai Tuhanku! Terimalah hijrah sahabat-sahabatku dan janganlah Engkau ketepikan mereka."

2.

Rasulullah s.a.w telah meninggalkan seorang lelaki bersama Saad bin Abi Waqqas lalu bersabda: "Sekiranya dia mati di Mekah, janganlah kamu kebumikannya di situ kerana beliau tidak suka mati di tempat yang pernah beliau berhijrah darinya."

Haji Wida' > Masjidilharam

Masjidilharam: Tawaf Wida'
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M

1. Rasulullah s.a.w telah memasuki Mekah pada waktu malam hampir dengan waktu sahur lalu melakukan Tawaf Wida' dengan berjalan kaki, tidak menunggang dan tidak pula berlari-lari pada Tawaf tersebut. Ini merupakan kali terakhir Rasulullah s.a.w berada di Baitul Atik (Kaabah).

2. Selepas itu Rasulullah s.a.w keluar dari Mekah, kemudian terus berjalan sehingga sampai di Muhassab lalu memberitahu para sahabat supaya berangkat pulang ke Madinah.  

Haji Wida' > Madinah

Pulang Ke Madinah:
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M

Setelah melihat Kota Madinah, Baginda s.a.w. bertakbir tiga kali dengan ucapan: Yang bermaksud: "Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan, bagiNya segala kepujian dan Dia berkuasa ke atas sesuatu. Orang-orang yang kembali, orang yang beribadat dan orang yang sujud, tunduk kepada Tuhan kami. Allah Maha Menepati segala janji-janjiNya, memberi kemenangan kepada hambanya dan mengalahkan musuh dengan bersendirian. Wahai Tuhan kami, kami berlindung denganMu dari segala kesusahan dalam perjalanan, berpandangan buruk terhadap harta benda, keluarga dan anak-anak. Wahai Tuhan kami, sampaikan kami kepada kebaikan yang boleh membawa kepada keampunan dan keredhaanMu.

Enter supporting content here

islam untuk semua



Copyright 2006 Syah404.tripod.com All rights reserved